Pages

Projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa?


The Expedition 16 crew members pose for a portrait at the Johnson Space Center. From the left (front row) are Russia's Federal Space Agency cosmonaut Yuri Malenchenko, flight engineer and Soyuz commander; astronaut Peggy Whitson, commander; and Malaysian spaceflight participant Sheikh Muszaphar Shukor. From the left (back row) are European Space Agency (ESA) astronaut Léopold Eyharts, astronaut Garrett Reisman and astronaut Dan Tani, all flight engineers

for more :


Oleh Ahmad Tajdid
Pernah dengar tentang 'pelancongan angkasa'? Ia bukanlah episod sains fiksyen yang selalu ditonton di kaca televisyen mahupun di layar perak, tetapi telah pun 'berpijak di bumi nyata' sejak tahun 2001.

Jika sebelum milineum baru, program penjelajahan angkasa hanya mampu dilakukan oleh negara-negara maju dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan Rusia (dahulunya Kesatuan Soviet), kini semua orang berpeluang untuk ke Angkasa dengan dua syarat - mempunyai wang dan kesihatan mental dan fizikal yang baik. Terima kasih kepada agensi angkasa Rusia, yang turut memberi peluang kepada seorang rakyat Malaysia menjadi pelancong angkasa.

Manusia pertama yang menjadi pelancong angkasa ialah jutawan AS, Dennis Tito pada 2001. Langkah Dennis dituruti Mark Shuttleworth dari Afrika Selatan (2002) dan ahli perniagaan AS, Greg Olsen (2005). Olsen sepatutnya merealisasikan impiannya sebagai angkasawan pada 2004, bagaimanapun cubaan pertamanya ditolak agensi angkasa Rusia atas sebab kesihatan.

Penyanyi AS, Lance Bass juga gagal untuk memenuhi impiannya menerjah angkasa pada 2002 kerana gagal membayar kos latihan di pusat persediaan angkasawan dekat Moscow.

Pada Ogos tahun lalu, calon pelancong angkasa Jepun, Daisuke "Dice-K" Enomoto, gagal dalam ujian kesihatan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti pengembaraan kapal angkasa Soyuz ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang berlepas pada 14 September 2006. Jutawan perniagaan internet itu dilapor bersetuju membayar AS20 juta (RM74 juta) untuk memenuhi impiannya ke angkasa raya.

Enomoto telahpun menjalani latihan intensif beberapa bulan di Rusia, tetapi nasib tidak menyebelahinya.

Pelancong angkasa wanita pertama
Kegagalan Enomoto menjadi rahmat kepada seorang lagi calon pelancong angkasa, Anousheh Ansari. Usahawan warganegara Amerika ini menjadi wanita dan umat Islam pertama mengikuti program pelancongan angkasa Rusia.

Daripada pemaparan episod di atas, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa keseluruhan program pelancongan angkasa setakat ini, dibiayai sendiri oleh individu-individu bergelar jutawan yang ingin merealisasikan impian menjadi angkasawan.

Ia bukanlah sesuatu yang sukar dicapai kerana mereka hanyalah menjadi penumpang kepada suatu program pelancongan berteknologi tinggi yang disediakan Russia. Tidak diketahui setakat mana 'kejayaan' mereka ini dirayakan kerajaan negara masing-masing.

Tiba giliran Malaysia
Kini tiba pula giliran Malaysia untuk menyambut kelahiran pelancong angkasanya yang pertama. Semuanya bermula dengan pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.4 bilion oleh Malaysia daripada Russia. Termasuk dalam pakej pembelian itu adalah persetujuan Russia untuk membenarkan seorang rakyat Malaysia mengikuti dua krew kapal angkasa Soyuz ke ISS pada 10 Oktober depan.

Pembelian jet pejuang Sukhoi itu juga tidak lepas daripada kontrovesi. Mantan TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pembabitan sebuah syarikat tempatan sebagai 'orang tengah' pembelian tersebut. Syarikat dimiliki mantan Menteri Penerangan, Dato' Seri Mohd Adib Adam itu didakwa meraih komisyen lebih RM400 juta daripada urusan jual beli itu.

Jika calon pelancong angkasa Jepun, Enamoto dilapor sanggup membayar sekitar RM74 juta bagi mengikuti program ini, pastinya jumlah itu kecil berbanding apa yang diterima orang tengah pembelian 18 pesawat Sukhoi terbabit.

Seorang doktor perubatan, Sheikh Muszaphar Shukor telah pun diumumkan sebagai 'angkasawan pertama Malaysia'. Muszaphar, 35 dipilih daripada sejumlah 11,275 calon sejak Agensi Angkasa Negara Malaysia (Angkasa) memulakan kempen saringan untuk program itu pada 2003. Jawatankuasa pemilihan dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Selain beliau, seorang lagi calon yang berjaya ialah Dr Faiz Khaleed, 27. Mereka berdua menjalani latihan 12 bulan di Yuri Gagarin Aerospace Training Centre di Star City di Moscow.

Muszaphar dan Faiz juga akan menjalani latihan di tapak pelancaran Soyuz di Baikonur, Kazakhstan, untuk latihan terakhir sebelum tarikh pelancaran pada 10 Oktober depan.

Selain Muszaphar, dua lagi angkasawan yang dijadual berlepas ke ISS ialah Yury Malenchenko dari Russia dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat.

Seperti mana biasa, 'program angkasawan negara' ini diwarwarkan sebagai mampu memberi kesan besar kepada bidang sains, teknologi dan industri negara di samping menjadi titik tolak kemajuan bidang sains angkasa di kalangan generasi muda. Tidak hairanlah jika berita berhubung 'angkasawan negara' ini kerap kali muncul di media dan menjadi salah satu bahan propaganda BN menjelang pilihan raya umum ke-12.

Jika tahun-tahun sebelum ini kejayaan rakyat negara ini merenangi selat Inggeris, belayar solo mengelilingi dunia dan menawan puncak Everest dijadikan pemangkin slogan "Malaysia Boleh", kini program pelancongan angkasa ini dijadikan produk slogan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" BN.

Ini terbukti dengan iklan semuka penuh berhubung program tersebut dengan logo program angkasawan Malaysia, kerajaan Malaysia dan sambutan 50 tahun negara disiarkan sebuah akhbar arus perdana, 27 September 2007. Iklan itu juga memuatkan gambar seorang angkasawan dengan slogan: "Angkasawan: Impian menjadi kenyataan". Soalnya, adakah kita patut berbangga dengan 'pencapaian' tersebut? Pastinya kita boleh berbangga, tetapi biarlah kebanggaan itu berpada-pada.

Menjadikan program pelancongan angkasa ini sebagai bahan kempen membuktikan negara sudah maju ke hadapan dalam bidang aeroangkasa adalah sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata. Sebenarnya, tidak ada sebarang lonjakan (leapfrog) yang kita perolehi daripada program ini melainkan melahirkan seorang angkasawan. Dan tiada sebarang jaminan bahawa negara akan menghantar seorang lagi rakyatnya ke angkasa pada masa-masa hadapan kerana pastinya bidang kajian angkasa bukan menjadi prioriti negara - paling kurang dalam tempoh lima dekad akan datang!

Kelab astronomi
Banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan jika kita mahu diiktiraf sebagai peneraju bidang kajian angkasa - paling kurang pun di rantau sebelah sini. Perkara pokoknya adalah pendidikan.
Selain Agensi Angkasa Negara (Angkasa), apakah lagi badan yang mampu memberikan kesedaran kepada rakyat khususnya generasi muda tentang kepentingan kajian angkasa? Adakah subjek astronomi menjadi satu matapelajaran elektif dalam kurikulum pembelajaran sekolah-sekolah kita? Berapa banyakkah kelab-kelab astronomi ditubuhkan di sekolah, kolej mahupun universiti?

Dan berapakah sebenarnya peruntukan kerajaan terhadap kajian angkasa yang membolehkan kita berbangga dengan pencapaian kita? Persoalan asas ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum melancarkan promosi besar-besaran tentang kejayaan rakyat kita ke ISS. Jika tidak, 'program angkasawan negara' ini hanyalah menjadi modal politik pilihan raya dan tidak jauh bezanya dengan pelayaran solo kapal layar mengelilingi dunia!

Pun begitu, syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

Anonymous said...

This guy says what I want to say...


Maybe you are not aware but this is the normal practice for Astronaut from countries who do not have space launch capabilities to go up to space with NASA or Russia. For example, Hungary sent it's Astronaut Bertalan Farkas into space for 7 days, who conducted experiments in material science while in space. Mexico sent it's Astronaut Arnaldo Tamayo Méndez to space to conduct experiments in an attempt to find what caused space adaptation syndrome. Arnaldo was in space for 7 days. India sent it's Astronaut Rakesh Sharma to space for 8 days to conducted multi-spectral photography of northern India in anticipation of the construction of hydroelectric power stations in the Himalayas. So Malaysia's decision to send their own Astronaut to space for 10 days to conduct experiements is similar with other countries who has sent their Astronauts to space in the past. And none of these Astronauts pay for the flight with their own money. It is all government sponsored. If you call Malaysia's Astronaut a space tourist, that means all these other astonauts from other countries are also space tourists in your eyes, which is simply incorrect. By the way, this is an encyclopedia, and not a coffee shop discussion forum where disgruntled citizens can voice their unhappiness and speculation. Please stick to the facts and provide supporting evidences to back up your facts. Sims2004 16:48, 17 October 2007 (UTC)

http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Sheikh_Muszaphar_Shukor

paksu27