Pages

Pengasas Genting meninggal dunia

* I learn one things from this guy,

'Jangan malu berbicara dgn org yg tidak kita kenali, kerana kadang2 kita akan dapat lebih manfaat dari kita berdiam diri'.

Read his book 'Cerita Saya', walaupon dia tokey kasino, but he's not get it in simple way. Sampaikan jalan dari bawah bukit ke atas genting tu pon dia involve ngan bawak sendri mesin2 dan buat jalan tu. Dan almost terbunuh plak tu masa buat jalan tu. Mmg best.

Pengasas Genting meninggal dunia
PETALING JAYA: Saudagar ketiga paling kaya Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting, meninggal dunia pada jam 11.20 pagi hari ini di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Lim, 90, terkenal dengan wawasan mengubah wajah Genting Highlands daripada sebuah kawasan perbukitan yang tidak diterokai orang kepada salah sebuah resort kasino yang paling berjaya di dunia.

Lim sewaktu majlis pelancaran buku kisah hidup karangannya Cerita Saya pada Disember 2003. (foto The Star) Anak kelima daripada tujuh beradik, Lim berhijrah dari wilayah Fujian, China pada 1937 dalam usia 19 tahun dengan sebuah beg kecil dan wang US$175.
Idea untuk membangunkan kawasan peranginan di puncak bukit itu muncul sewaktu mendiang di Cameron Highlands pada 1964.

Lim waktu itu sedang mengendalikan projek bekalan elektrik hidro di kawasan peranginan terkenal itu, dibangunkan oleh pegawai-pegawai British yang mencari tempat dingin bagi melarikan diri daripada iklim panas tropika, apabila beliau terfikir untuk membangunkan kawasan seumpamanya yang boleh dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia.

Genting Highlands Resort hari ini memiliki lima buah hotel dan dua blok apartment di puncak bukit dan juga Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Syarikat tersebut, diasaskan pada 1965, kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik dan pembangunan teknologi maklumat bawah nama Kumpulan Genting.

Menurut majalah Forbes Asia, pengasas Kumpulan Genting merupakan orang ketiga paling kaya di Malaysia dengan jumlah aset US$4.3bil (RM14.6bil).

Lim meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :