Pages

Majoriti rakyat M'sia makan angin seberang laut

Aku just nak share something tentang artikel kat bawah ni. Bukan nak mengata tapi sekadar membuka minda kita bersama. Aku xrasa isu atau bende ni penting sgt. Cuma aku xrasa wazir ni ada isu nak dikatakan. Cuma aku nampak agak kelakar dgn figure dan logik wazir ni bercakap. Bukan skali dua tapi dah byk kali dah. Pada aku klu xda isu duk diam2 dah la. Ni bila bercakap nampak lak mcm tgh buat kelakar. Futher buat le study seblum bercakap, buat malu diri sendri ja pada aku, sebab pemimpin ni patut jadi contoh yg baik, biar nampak tokoh tu.

Ok pertama, figure yg diberikan adalah 15 juta rakyat malaisi akan melancong keluar negara setahun. Rakyat malaisi secara keseluruhan dia ada 26 juta, maknanya lebih separuh dari rakyat malaisi akan keluar negara melancong setahun. Logik ke? Klu campur tolak aku xrasa figure tu betul. Mungkin bukan unik figure means mungkin ada sorang yg akan pi keluar negara 2..3 kali setahun. Aku nampak figure tu mungkin dtg dari rakyat malaisi yg betul2 pi melancong keluar negara or pelajar2 kita di luar negara or staf kedutaan kita diluar negara or rakyat kita yg bekerja diluar negara. Satu contoh le, klu sorang rakyat malaisi kerja kat singapore dia pi sana 365 hari setahun kita kira dia sebagai seorang atau kita kira dia 365 sbb 365 kli dia pi singapore. Futher xkan dia nak kene isi borang sampai 365 kali.

Kedua, napa nak kaji plak napa depa keluar negara. Tu depa punya suka la depa ada duit. Plak jadi macam bende pelik lak bila keluar statement

"kerajaan masih belum mengetahui punca sebenar bilangan besar rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara setiap tahun. Katanya kemungkinan prosedur menyatakan tujuan sebelum berlepas ke luar negara membolehkan kerajaan lebih memahami sebabnya."

Xkelawak tu. Satu nampak macam depa pelik napa org keluar negara, kedua nampak mcm buat2 xpaham sbb depa cuba tuk lebih paham katanya, ketiga nampak mcm buat satu alasan bodoh tuk pakai duit pembayar cukai tuk bayar org buat kajian. Come on la.

Xperlu smua tu, xda yg pelik dan xda yg sukar tuk difahami. Xda apa isu pon depa nak kemana2. Buat ja simple survey, pas tu buat diam2 xpyh nak kecoh2. Dah ada result dari kes study tadi baru buat statement. Klu dak main pajak ja figure sana sini. Abis la nampak lawak. Nak free apasal xsuruh budak2 'U' yg sibuk duk susun duit syiling atau buat bendera terpanjang tu pi buat kajian. Save cost. Sometimes kita kene bijak dalam bagi statement. Bila main dgn figure kene buat study betul2. Klu dak nampak lawak. Sapa yg malu.

Majoriti rakyat M'sia makan angin seberang laut
KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin melaksanakan prosedur mengisi borang bagi rakyat Malaysia yang berlepas ke luar negara berikutan sejumlah 15 juta penduduk tempatan melancong ke luar negara setiap tahun.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan masih belum mengetahui punca sebenar bilangan besar rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara setiap tahun.

Katanya kemungkinan prosedur menyatakan tujuan sebelum berlepas ke luar negara membolehkan kerajaan lebih memahami sebabnya.

"Bilangan penduduk Malaysia ialah 26 juta orang tetapi setiap tahun 15 juta rakyat Malaysia pergi ke luar negara," katanya selepas melancarkan Kembara Bernama dengan kerjasama Pelancongan Malaysia di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) di sini hari ini.

"Kita tahu kenapa mereka kembali ke negara tetapi tidak tahu sebab mengapa mereka pergi," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengurus besar Bernama Datuk Azman Ujang dan ketua pengarang Yong Soo Heong.

Tengku Adnan berharap pertandingan mencari harta karun seperti Kembara Bernama dapat menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan melihat destinasi domestik sebagai tempat wajar dikunjungi.

Beliau menasihatkan peserta pertandingan itu membantu mengekalkan kebersihan tempat yang dilalui mereka sebelum sampai ke destinasi akhir dan melaporkan kepada kementerian jika ada tempat yang kurang menyenangkan supaya tindakan segera boleh diambil.

Peserta pertandingan akan dilepaskan pada pukul 7 pagi, 3 Nov ini di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak di sini. BERNAMA

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :