Pages

Selamat Berpuasa Dan Beramal


Aku menitiskan air mata magrib semalam bila duduk memikirkan usia yg semakin meningkat dan dgn segala cubaan dan dugaan hidup yg aku tempoh sampai kehari ini. Dan besok Ramadhan Al Mubarak datang lagi. Aku slalu terpikir sempat ke aku menikmati ramadhan seperti tahun2 sudah. Aku nak share skit beberapa pengalaman aku berpuasa sepanjang hidup aku ni. Terdapat hitam dan putih dari pengalaman tu but it enough to make this life colorfull.


1. Aku start posa umur 7 tahun. Puasa setengah ari ja. Lepas tu campur2 sebulan dapat la 15 hari. Aku start puasa penuh bila masuk umur 10 tahun.


2. Masa duk asrama, ada beberapa perkara yg aku masih ingat sampai hari ini dan aku akan trus tersenyum klu pikirkan peristiwa tu. Dalam dorm aku ada 10 org, smua duk katil single dan ada sorang budak sabah beragama kristian dalam dorm tu. Biasa la duk dgn pemain bola tuk project coca cola, depa slalu la xposa. Jadi kalu nak makan tengah hari ja, depa slalu suh mamat ni pi beli kat Stadium Negara. Nak jadi citer satu hari tu satu dorm xposa. Jadi mamat ni pi la beli 10 bungkus nasi goreng. Masa dia balik tu, kantoi dkt pagar belakang nak masuk hostel. Senior tanya apasal byk sangat nasi. Then si mamat ni blur kjap ckp dia makan sorang tuk 10 bungkus tu. Malam tu dari pukul 3am sampai ke azan subuh kami kene berdiri dkt court sepakraga depan dining hall sambil pakai full set baju melayu. Depa yg duk lalu lalang duk boo kami. Tu dia balasan tuk org xposa. Then kami xpernah serik. Kami ni gile main bola. Jadi slalu main bola dalam dorm. Jadi dalam bulan posa bila main dalam dorm, sure penat la, then setiap locker sure ada satu straw terkeluar dari pintu locker. Ni sbb kes takut kene berdiri lagi kat depan dining hall la. Jadi dalam tu mcm2 air ada. Mmg dasyat la penangan duk hostel ni. Klu lepas training petang, balik sure minum air shower punya. Gile training dari pukul 4pm sampai 7pm tiap2 hari. Xhaus mmg saja la. Lepas tu time terawih, sure ada yg duk tido kat belakang skali la. But it fun klu ingat2kan balik.


3. Masa skolah menengah ni pon aku pernah terjebak main pakaw lepas terawih. Dalam store tempat simpan keperluan meniaga aku ngan kawan2 aku ada ruang tuk melepak. Jadi lepas terawih kami pakat2 main pakaw. Masa tu dalam reramai ni ada sorang ni kira senior la, dah tua dah, tapi dia cacat, kaki kanan dia ada pengkaw skit. Dia cacat dari kecik. Dia jadi dealer (tukang agih kad) la. Dia duk masa tu betul2 belakang pintu masuk. Pintu tu plak terbukak skit. Kami masa tu berlima yg main. Tgh syok2 main, tiba2 pintu ada org bukak. Si cacat ni xperasan lagi. Aku tgk satu mamat ala2 otek dah masuk. Sudah, mmg otek la sbb ada pistol kat ketiak dia. Dia duk buat tanda diam ke kami. Dia berdiri blakang sicacat ni. Dia ckp ke si cacat ni, "Aku nak join boleh", masa tu si cacat ni tgh susun kad. Dia xperasan lagi. Si cacat ni ckp, "Boleh, asal ada duit", Si otek ni bls, "Aku xda duit, tapi aku ada ni, boleh" sambil dia letak gari dia ke tempat pertaruhan. Aku nak tergelak ja masa tu sbb si cacat ni punya gaban, dia bangun dan nak lari. Kene la selibas dgn otek ni. Citer xabis kat situ, depa bawak kami pi Balai Am***g. Kat sini lagi kelakar. Sebab 4 org bawah umur dan si cacat ni ja yg org tua, jadi otek2 ni duk dera kami dalam lokap. Depa duk suruh kami ketuk ketampi. Masa tu mcm2 la kata kesat kami kene, yer le dgn pakai baju mlayu berkain pelikat, dgn kepiah kat kepala pas tu kantoi main pakaw. Part si cacat ni lagi best, dia kaki pengkau, jadi mana boleh ketuk ketampi, jadi otek ni suh dia sit up. Punya la siksa aku tgk dia. Dia kene lagi truk, sbb polis ni cas dia pengaruh kami join dia. At last ada sorang budak aku bawak bapak dia, otek balai tu jgk. Dia kenal kami. Jadi lepas macam tu ja, but smua rampasan perjudian depa amek. Ada dkt RM4++ la jgk masa tu. Tu la bedosa bulan2 posa main judi. Tapi ingat balik mmg kelakar.


4. Nih masa aku blaja kat ITM Perak plak. Aku ni sebilik dgn anak jin. Besar punya jin. Skang jin tu dah kene sunat. Sbab dah kawin, trus jadi baik. Alhamdullilah. Mamat ni kalu bulan posa ja, bilik aku jadi port la budak2 xposa satu ITM ni duk lepas masak nasi tghhari. Then masa tu terjebak la jgk aku sbb dah satu bilik. Siap bawak dapur letrik, then makan dah macam kenduri, rumah penuh asap mcm rumah terbakar. Klu ada duit lebih skit, mamat ni akan pi runner cari nasi kari lauk ayam goreng dgn air sirap. Pergghhhh... One day mamat ni nyaris kantoi ngan guard ITM. Dia duk beli ration kami la masa tu, tapi silap dia. Sirap yg dia bli tu xikat kuat, jadi tumpah, then dia plak pakai baju putih. Masa dia lalu pondok pengawal tu, nampak la baju dia merah dgn air meleleh kat tepi beg dia. Sib baik guard tu buat xtau ja. Huhu... aku ingat guard tu pon xposa kot...


Tu smua kisah2 hidup masa zaman rebel dlu. Skang dah xda dah. Dah cukup matang tuk berfikir dan bertindak. Ramadhan ni sebenarnya tentang posa itself dan beramal. Nikmat dia lain beb. Rasa mcm nak nangis bila bulan ramadhan nak abis. Sedih sgt. Aku xdpt rasakan nikmat hidup yg sama dgn bulan ramadhan. Kita hidup antara nafsu dan diri kita sendri. Klu bulan2 lain kita hidup antara nafsu, setan dan diri kita. Bila kurang satu gangguan, tinggal 2 ja. Diri kita dan nafsu. Jadi klu kita dapat kawal nafsu maknanya kita dapat kawal diri kita dan masa tu kita telah menjadi diri kita yang terbaik. Bulan2 lain xdpt kita nak rasakan nikmat yang sama.


Apa2 pon, cuba buat amalan baik sebanyak yg boleh dalam bulan ramadhan ni. Sebab belum tentu kita akan jumpa lagi ramadhan akan datang. Jadi SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL dari Kuchalana dan Adam.


kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :