Pages

Rugby dan Seninya

Semalam aku duk tgk game Perancis vs Namibia dalam rugby world cup. Perancis menang 87-10. 1st 5 minit dah bleh agak dah sure Perancis menang besar punya. Aku suka tgk player No.5 dia. Muka dah macam barbarian. Aku rasa dah lama xlayan rugby, terasa macam aku ja berlari buat tray semalam. Bergerak2 la tangan ngan kaki rasa mcm nak menacle. Huhu.

Korang musti xpercaya klu aku katakan aku ni seorang pemain rugby. Dgn ketinggian 156cm. Badan aku agak kecik dan slalu dipersoalkan bila aku main rugby. Aku pernah bermain dgn beberapa club dan negri(wakil U). I am a rugger and i am proud to say that. Sempena musim Wolrd Cup Rugby yg sedang berjalan di Perancis. Aku nak highligh skit pasal sukan lasak ni.

Aku mula kenal sukan ni masa umur aku 13 tahun. Itu pon kene paksa main. Senior2 duk paksa turun training. AKu ingat lagi masa tu bulan puasa. Mmg rasa nak mati la. Penat, tapi aku suka game ni walaupon 1st time main. Byk seni dan pantang larang dia. Aku boleh kata, sesapa pon boleh main bola sepak but rugby only for selected people ja. Seni dia tu yg mahal. It really a gentleman game. Antara konsep mudah main rugby aku kasi skit tips.

1. Pas bola musti kebelakang. Thats why diorang akan buat line kebelakang. Yg pegang bola akan berada di depan dan yg lelain akan buat satu line kebelakang.

2. Satu team ada 15 pemain. Ada 2 seperate team dalam satu team. Satu kita panggil kius line (backline) dan satu lagi pack line (frontline). Frontline yg slalu kita tgk dia buat scram. Ada 8 org dalam front line. Frontline ni kerja dia menggempur dan pertahanan. Klu kita tgk, yg bwk bola dan hentam opponent selalu nya team ni. Dan fizikal drang pon agak besar dan lebih lasak. Dan backline kerja dia melarikan bola tuk buat try. Slalu fizikal drang agak kecik dan semestinya boleh berlari dgn laju.

3. Konsep mata dia pon unik. Satu try yg kita slalu nampak drang terbang2 tu kira 5 mata. Setiap try akan ada satu freekick. Dia akan tendang bola tu selari dari mana point kita try tadi. Satu freekick atau conversion akan dapat 3 mata. Klu dapat penalti kick, dan masuk antara palang gol post, 3 mata juga akan diberi. Selain try, conversion dan penalti kick. Satu lagi cara boleh dpt mata is melalui drop kick try. Maknanya, bila kita tentang bola tu masa kita sedang bermain, bola tu kne bump dulu atas tanah dan bola tu masuk antara gol post. Tu kita point. 3 mata.

4. Tackling hanya boleh dibuat antara pinggang kebawah. Klu lebih dari tu dikira high tacle. Boleh dapat kat merah klu buat high tackle. 5. Padang dia ada 4 section. Garisan tgh bawak ke satu lagi garisan dia panggil 5 meter. Bila bola kick awal2, player kene pastikan bila melepasi garisan ni. Dari satu lagi garisan ke garisan goal dipanggil 22. Dan dari situ bawak ke satu garisan keblakang goal post dia panggil try zone (dlm 5 meter) . Dan kebelakang trus dipanggil dead boll zone dimana try yg dibuat selepas garisan ini tidak dikira. Klu korang perasan player rugby suka berlari kehujung garisan corner. Dia panggil corner flag. Kebrangkalian try dan bola out lebih byak jika kita berlari ke corner flag dari kita berlari masuk kedalam dimana jika kita leka one step ja opponent boleh panetrate dan buat try.

6. Bola dia sure bujur sirih la. Tu yg unik. Nak tendang pon kene ada skil supaya bola tu drop ke tangan kita balik. Dia ada Pan kick (tendang tinggi ketas), drop kick (bola bump ketanah dan tendang), torpado kick (bola pi mcm peluru), grable kick (bola ditendang ketanah dan bola tu pi bersepah2)

7. Pakaian yg slalu dipakai jenis yg xmudah koyak. Sluar dgn baju slalu klu kita tarik la mcmmana pon susah nak koyak. MAsa zaman aku dlu jersi dia slalu geleber, besar2 tapi seluar ketat. But today jersi more ketat2 dan menampakkan susuk tubuh pemain. Lagi satu no jersi selalunya menunjukkan position apa yg dimain oleh setiap pemain. Setiap org mempunyai role masing2 dalam memastikan pergerakan setiap pemain lain berjalan lancar. Pemain No.9 perlu berada dimana sahaja bola berhenti dari dimainkan. Dan dalam satu pasukan terdapat 2 position yg istimewa untuk org yg bersaiz kecil iaitu no 9 dan no 1.

8. Scram terjadi bila beberapa kesalahan berlaku. Antaranya bila bona nokkon dimana bola dipas kehadapan, atau bola dimain diatas tanah dimana kaki ke lutut berada diatas tanah. Berlaku jatuhan dimana bola tidak bergerak didalam jatuhan org ramai. Bola yg ditangkap melalui hantaran terjatuh ketika cuba tingkap. Jadi berlaku scram.

9. Trow in terjadi bila bola out. Satu garisan pemain akan dibuat dan bola akan dibaling antara kedua garisan pemain. Slalunya rugby mementingkan game ground dimana kita panggil "makan tanah". Untuk bergerak 1 meter pon susah sebenarnya sebab pemain lawan akan trus tangkap kita. Lebih 5 saat bola dalam tangan sure dah kene tacle, jadi pergerakan kene cepat. Jadi penting untuk player menguasai tanah atau makan tanah. Lebih dkt dgn tempat try lbh baik maknanya kita dah makan tanah sehampir yg boleh untuk try.

10. Pengadil rugby ni special skit. Dia klu player buat salah dia bagi main dlu. Bila dah bergerak jauh baru dia tiup. Sebabnya dia bagi peluang tuk opponent hentam dan dapatkan advantage. Satu lagi rugby skang dah ada 2nd refree kat luar yg advise dari luar. Dia ada headphone dan microphone. Depa boleh borak la dalam menentukan keputusan.

Jadi tu antara perkara basic tentang rugby yg aku boleh share. Selain dari diatas ada la beberapa perkara lain, tapi byk sgt. Satu lagi budak pompuan slalu tgk rugby ni sbb player dia macho2 dan berbadan sasa. Hahaha, but it good to know more than thatkan. Satu lagi, korang pernah tgk dak player rugby bertumbuk. Jarangkan. Klu bertumbuk pon sure ok balik lepas tu. Then slalu dak korang tgk depa injured macam player bola sampai kene papah keluar. Jarangkan, sbb mmg sukan ni untuk org yg lasak dan depa tau how to secure diri diorang masa kene hempap atau kene tackle. Stakat luka2 dan berdarah tu perkara biasa.


Jadi seni rugby xkan sama dgn sukan2 lain. Nikmat dia mmg seronok. Skang aku dah jrg turun main sebab masalah dgn fitness aku. Klu xcukup fit slalu akan berlaku injury. Jadi stakat main 'touch b' (xda tackle, tacle diganti dgn touch punggung lawan) boleh la. Tahun ni aku jangkakan juara dunia last time England akan balik awal. All black favorite tuk pi final dan menang. Selain Africa dan Austraslia yg akan pi semi. Jadi kita tgk ja sapa yg kenaaaaaaa.....

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :