Pages

"Pelanggan bukan Islam tak suka tulisan arab, warna hijau"

* apa la... baik tukar ja terus nama bank.. BANK BUKAN ISLAM. Nak kejar sgt keuntungan, identiti dan tanggujawab sosial tu letak tepi. Pada aku bukan masalah logo atau color, tapi mindset org ramai. Tu yg bank ni kene betulkan. Kene blajar dgn Bank Rakyat dgn buat iklan tv yg klakar tu. Then yg lagi kelakar selepas 15 tahun baru la terpikir pasal imej koporat dan management training, xkan xda SOP dari awal2 lagi. Patut la slalu rugi. Meniaga mcmmana korang ni.

SHAH ALAM: Bank Islam Malaysia Bhd hari ini melancarkan logo korporat barunya untuk mengubah budaya berfikir rakyat Malaysia dan memperlihatkan bahawa bank itu adalah untuk semua, bukan hanya untuk umat Islam, kata pengarah urusannya Datuk Zukri Samat hari ini.

Identiti baru itu, yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, menonjolkan imej sejagat moden dan kontemporari dengan menggunakan huruf besar (rumi) berwarna kelabu gelap dan merah tua, bukan tulisan Arab dan warna hijau yang terdapat dalam logo sebelumnya.

Keputusan ini dibuat selepas satu tinjauan bank itu mendapati pelanggan pelanggan bukan Islam berasa kurang senang dengan tulisan Arab dan warna hijau yang ditampilkan dalam logo sebelumnya.

Zukri berkata buat masa ini pelanggan-pelanggan bukan Islam merupakan 10 peratus atau lebih sekuta daripada asas pelanggan bank itu, dan perintis perbankan Islam di Malaysia itu berhasrat menambah bilangan pelanggan bukan Islam.

Selain menukar logo korporat, kesemua 90 cawangan bank itu di seluruh negara akan juga berubah wajah di bawah imej baru itu, termasuk keupayaan teknologi maklumat (IT), katanya kepada pemberita.

Zukri berkata cawangan baru Shah Alam akan menjadi projek perintis bagi proses transformasi bank itu.

Katanya bank itu membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi cawangan Shah Alam itu manakala cawangancawangannya yang lain akan melalui perubahan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kos pengubahsuaian itu bergantung kepada saiz setiap cawangan.

Transformasi sistem IT bank itu yang telah digunakan sejak 15 tahun lepas akan mengambil masa 15 bulan lagi dengan kos minimum dianggarkan sebanyak RM100 juta, jelas Zukri.

Selain menaikkan taraf aspek fizikal bank itu, Bank Islam telah menghantar 2,000 pekerjanya untuk menjalani latihan pemikiran strategik bagi pengurusan kanannya dan latihan budi bahasa, ketrampilan diri dan komunikasi berkesan bagi kakitangan barisan hadapan dalam lima bulan kebelakangan ini, katanya.

Kata Zukri bank yang memulakan operasi perbankan Islam pertama di negara ini pada 1983 itu, mahu menjadi peneraju dunia dalam perbankan Islam, tidak semestinya dari sudut aset, tetapi sebagai sumber rujukan dalam perkaedahan perbankan Islam.

Bank itu dijangka mengadakan perkongsian strategik dengan sebuah bank Eropah bagi pembangunan produk berlandaskan Syariah bulan depan, kata Zukri.

Meskipun tidak mendedahkan nama bank itu, namun, kata Zukri, ia mempunyai kepakaran dalam perbankan konvensyenal dan kerjasama dengan Bank Islam Islam itu melengkapi dan membantu operasi satu sama lain.
BERNAMA

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :