Pages

Majlis Peguam memulakan langkah pertama



Semalam lebih dari 1000 peguam dari sluruh negara mengadakan perarakan aman dari Palace of Justice ke pejabat PM. Mereka berarak sejauh 5 KM dalam hujan lebat tengah hari semalam tuk hantar memorundum ke pejabat PM tuk mintak PM siasat ke hakim2 yg menipu (dari bukti video perbualan 2 org hakim yg membuat percaturan dalam melantik hakim2 dan konspirasi menjatuhkan beberapa menteri).


Dari gambar yg aku lihat, mmg suasana cukup aman dan mcm biasa 5 track FRU keliling tempat perarakan + dgn 2 water canon dan sebijik helikopter digunakan. Korang nampak dak betapa takutnya pemerintah dgn bayang2 mereka sendri. Aku rasa klu yg buat perarakan ni bukan peguam, dah pasti ada yg kene tembak dgn peluru hidup mcm dkt Trengganu ari tu. Futher depa tu just nak anta memorundum jer, xperlu le nak provoke dgn smua FRU yg ada tu. Nampak kelakar dan kurang bijak skali.


Sepatutnya satu perarakan rakyat diadakan tuk kasi tau pemerintah dan sidang wazirnya, apa yg dah mreka lakukan. Dgn segala tunggang langgang dan cacat cela selain hina dina yg telah dilakukan. Malaisi Today ada buat satu petition ke agong dan aku rasa smua perlu support petisyen ni. Selain dari gunakan kuasa mengundi yg ada tuk ajar skit manusia rakus yg sedang menjarah tanah air tercinta ini.


Terima kasih pada Majlis Peguam, harap perkara ini tidak berhenti setakat ini. Sekurang2nya kita telah mengambil langkah pertama dari duduk buat bodoh dan merapu bercakap sana sini.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

wan said...

Bezanya, orang yg tahu/pengamal undang2 dan rakyat awam.

Yang tahu biasanya tak takut kerana jelas ada tahap dan caranya.

Tang tak tahu yang selalu dijirus dgn FRU tu. Kesian depa.