Pages

Kisah 2 hari

* Aksi aku dan En Lan masa main dalam 3rd round. Tgk penyokong depa kat blakang tu.

Kisah hari pertama

Ahad pagi aku ada badminton tournoment. Buat kat Puchong. Pagi2 buta aku dah pi sana sebab takut sesat. Dah kira lama la xmain. Aku main double dengan En Lan dan aku turun training skali ja dgn dia. Tu pon main satu game ja. Dia duk slalu bising sbb partner ngan org xberdisiplin mcm aku ni, haha. Aku byk sgt komitmen seminggu dua ni, jadi mmg xleh nak consentrate dgn tournoment ni.

Mcm biasa la bila ada tournoment disiplin penganjur dan pemain slalu jadi hal. Game patut start pukul 9 pagi, tapi kol 8.45 baru la ada dua tiga kerat player and organizer. Aku mcm biasa buat sessi panaskan badan. Sbb dah tua, klu xpanas sure balik sakit sana sini. Game start 9.45am. Aku tgk ramai la jugak geng2 mlayu dari KL, mmg xkenal la sbb aku ni pon baru kat company ni. Tapi nak compare dgn bukan mlayu, mlayu masih boleh dikira dgn jari la.

Game aku 10.30am. 1st round aku jumpa satu partner geng mlayu. En Lan duk brain wash aku, kata itu ini tuk maintain permainan. Dia mmg hope kami menang. Aku ckp dgn dia, relax Lan, ko tgk ja nanti. Sebenarnya dia xconfident dgn aku sbb xpernah tgk aku betul2 main. Kami menang game tu 21-7, 21-10. Dia duk terperanjat sbb aku main lebih dari expectation. Haha, saja simpan skill, bukan xleh main cuma aku xbrapa minat main game yg ada net ni. Entah la, mcm elergik. Dia dah mula confident ngan aku.

2nd round, kami jumpa satu group mlayu gak. Depa ni kira bagus la sebab dah menang ngan satu partner cina. Aku mcm biasa, masuk gelanggang dgn niat tuk bersukan dan berpeluh. Kami menang lagi 21-10,21-11. En Lan mcm xpercaya kami bleh pi 3rd round sbb klu kami mng 3rd round kami akan masuk "BEST 3", kira top 3 la tuk dpt hadiah. Aku ckp En Lan. Kita dtg dgn niat, jadi kita truskan niat kita. Klu mng syukur aku ckp ke dia.

3rd round, kami jumpa satu partner cina. Aku xpasti background drang sampai la dah abis game. 1st game kami kalah 17-21, 2nd game kami mng 21-14. Penyokong depa, penuh la kat krusi tu. Then yg geng2 mlayu tadi pon duk bersorak ke kami. Kira game perhatian la sepanjang pagi tu. Aku tanya En Lan apahal depa beriya sangat. En Lan pon xbrapa pasti. Aku ngan En Lan main macam biasa ja. Bukan nak menang pon. Tapi opponent aku nampak terdesak. Main bermati matian. Abis aku di smashnya. Cam biasa aku gelak2 ja ngan En Lan. Main pakai akal bukan pakai emosi. Masuk game penentuan, kami kalah 18-21. Tapi kami puas la main. Peluh xingat. Abis game tu baru aku tau yg opponent aku tu player Negeri Selagor. Patut la main bermati matian. Klu kalah kira malu la kot. Tapi secara keseluruhan aku tgk depa main biasa ja. Everage ja. Dan part paling best bila partner tu dpt injurie masa main next game ngan geng2 aku. Depa smua duk terima kasih pada kami sbb kasi depa penat main sampai 3 game and kasi depa preasure tuk pegi to "BEST 3". Pada aku tu adat bersukan. Kadang2 kita rasa diri kita bagus tapi slalu kita akan berjumpa dgn org yg lagi bagus dari kita and sport is not only using your body but mind is more important. Tapi aku puas hati. At least aku penah kasi gaban itu state player.


Kisah hari kedua
Bangun pagi senin, dgn smangat aku nak pi keje. Badan xda la rasa sakit2. Cukup warm up kot smlm. Aku duk dgr anak dara aku menagis. Slalu masa2 ni dia dah bangun dah main ngan maid aku. Aku masuk bilik dia tgk dia kat atas katil dia lagi sesorang. Tgk ada note kat tepi katil tu. Sudah, maid aku dah melarikan diri. Aku duk pening jap. Part paling best dalam note tu maid aku ni reveal sapa diri dia sebenarnya. Masa mula2 aku amek, mmg nampak ok segala. Then aku baru tau dia ada masalah dgn family dia. Dia anak org kaya yg beragama kristian. Tapi lari dari rumah dan berkahwin dgn sorang islam. Jadi family dia xrestu dan dia idup merempat dgn suami dia. La ni ada 4 org anak dan dia amek keputusan merantau tuk perbaiki kehidupan dia. Tapi dia menyesal bila datang malaisi, sbb terlalu rindukan anak2 dan suami dia (gersang kot) selain dia mengaku salah satu sebab dia datang malaisi sbb merajuk dgn suami dan ahli keluarga dia yg xnak amek tau hal dia. Skang ni dia dah ok ngan drang dan nak balik smula ke ahli keluarga dia. Aku xpasti script yg dia tulis ni ori atau dak. Tapi itu antara jalan cerita yg dia buat. Cuma aku agak terkilan sebab aku layan dia mcm ahli keluarga aku sendri. Tapi yer la, perantau ni bukan boleh percaya sangat.

Then the whole day aku sibuk settlekan hal ni. Dari balai polis, ke imegration (siut, kene bayar RM250 tu). Then aku liase lak ngan Dato' Senin (seorang sahabat dunia akhirat) yg dptkan aku maid ni. Dia pon duk serba salah sebab dia rasa dia bertanggungjawab dalam hal ni. Xpala, bende nak jadikan. Aku duk pening la jgk sapa nak jaga anak2 aku ni. At last aku dptkan jgk org jaga anak2 aku ni. Cuma kene bayar mahal la skit. La ni aku tgh adjust sorang lagi maid mungkin dpt lepas raya. Duk pikir2, baik aku kawin lagi satu dari aku amek maid ni. At least keluarga sendiri, tuk jaga darah daging sendri. Ok... application dibuka, sila hantar resume anda sekarang. Hahahaha. Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

wan said...

uk pikir2, baik aku kawin lagi satu dari aku amek maid ni. At least keluarga sendiri, tuk jaga darah daging sendri. Ok... application dibuka, sila hantar resume anda sekarang. Hahahaha. Ole.

Tak payah bayar gaji, bagi nafkah dah cukup. :P