Pages

CUEPEC, come on la....

Pagi ni on the way pi opis, aku duk dgr satu interview dgn chairman CUEPEC. It more on the boikot yg depa duk buat skang. Untuk pengetahuan korang, CUEPEC ni adalah persatuan pekerja2 kerajaan dan badan2 berkanun. Depa ni duk slalu fight tuk golongan ni la dalam menjaga kepentingan ahli2 dia. Member dalam CUEPEC dari maklumat yg aku tau ada lebih dari sejuta org seluruh malaisi. Correct me if i am wrong.

Ok isu yg aku nak highlight is about "BOIKOT" yg CUEPEC duk war2kan skang. Dari satu statement yg mr. chairman kasi masa interview tu buatkan aku tergelak sesorang. Dia ckp "kita kene ajar semua peniaga2 yg sesuka hati menaikkan harga barang". Sama ayat dgn satu wazir (jaga harga barang) yg duk bising apsal peniaga naikkan harga barang sdgkan dia kata harga barang patut terkawal. Aku xnak memperlekehkan apa yg depa duk perjuangkan, cuma sometimes kita kene betul2 lihat permaslahan yg ada skang dari smua sudut. Bukan tgk dari satu sudut ja. Apa yg aku nampak depa duk nak tekan peniaga ja but dari masa yg sama depa xtau dari mana datang permaslahan depa skang.

K la, aku nak share satu perkara kat sini, dari sudut pandangan seorang peniaga macam aku ni. Mmg harga barang naik. Aku bukan nak cover atau menjaga hak peniaga pulak. Mmg brg yg aku trima semua naik. Klu dulu maggie harga kos tuk satu pek RM0.50, jadi aku jual RM0.60 dapat le RM0.10 untung, skang dah naik RM0.60, jadi aku kene jual RM0.70. Itu as at last month. Ni saturday supplier aku datang dgn harga baru, kos dah jadi RM0.70, aku nak jual berapa? RM0.80? Korang bleh kata kenapa Pasaraya Besar harga boleh maintain RM0.70 or RM0.60, satu sebab depa bli pakai kontena, kedua, dpa ada perjanjian dgn kerajaan, jadi klu depa naikkan sure kene tarik lesen. But aku sure yg depa ada naikkan harga tu sebab depa pon amek dari supplier mcm aku jgk. Cuma xnampak sgt sbb depa cover dari naikkan harga barang2 lain. Penahkan jadi kes tgh tahun ari tu, ada satu Pasaraya besar kene serbu sbb naikkan harga. Kene ugut, trus turunkan harga barang. For sure depa pon rugi, tapi nak buat mcmmana, dari lesen kene tarik.

Satu perkara yg kita kene tgk, why all this happen? Pandangan peribadi aku la, all this salah mereka yg membuat undang2 dan mereka yg memerintah. Aku bukan semudah tu nak menuding pada pemerintah, cuma kita pikir sama2 fakta yg aku nak kasi ni.

Dalam satu production nak keluarkan satu barang ia melibatkan berbagai2 kos. Satu contoh, kilang sardin, depa perlukan ikan, tin, kertas iklan kat tin, gam dan semua ramuan nak buat sardin. Selain tu ada kos penghantaran, kos pembungkusan dan mcm2 kos lagi. Klu dlu harga satu tin sardin bleh jadi RM2.00 ja. Tapi skang naik ke RM2.60. Bila pemerintah naikkan takrif air dan elektrik, apa jadi. Itu belum naikkan harga minyak, tol, telefon. Then tin yg depa bungkus sardin tu nak buat pon kene pakai api. Ikan yg depa tangkap pon perlukan minyak tuk isi ke bot. Tu belum production tuk buat gam dan kertas pembalut ke tin tu. Jadi nampak dak kesan dia dari semua kenaikan yg dibuat oleh pemerintah.

Seperkara lagi, bila pemerintah naikkan gaji kakitangan kerajaan, apa jadi. aku xkata korang xlayak dpt kenaikan, mmg patut pon dapat sbb dah lama sgt xnaik, cuma pemerintah dia rolling camna nak cover balik kenaikan tu. Dari kenaikan tu depa kene ada tambahan katakan la RM200 juta sebulan nak cover kenaikan tuk overhead tu. Dari jumlah RM500 juta jadi total RM700 juta sebulan bayar gaji dan pencen kakitangan kerajaan. Jadi apa depa buat nak cover tambahan RM200 juta tu. Depa naikkan la cukai sana sini. Korang kene tau yg duit gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh org ramai dari pungutan cukai. Kene paham yg tu. Jadi apa jadi bila cukai naik. Barang akan lagi naik sbb nak cover harga cukai tadi.

Jadi soalan aku, kenapa nak boikot peniaga?

Sapa yg korang patut boikot sebenarnya?

Pada aku setiap tindakan pemerintah dalam menangani isu mcm ni kene dilihat dari smua sudut. Bukan hentam ja. Mungkin ada pakar ekonomi yg buat keputusan untuk pemerintah, but aku sebagai rakyat marhaen ni nampak mcm ada yg xkene dalam keputusan tu. Jadi sekali lagi, CUEPEC what are you doing? Try to mengampu or mmg really nak memperjuangkan hak ahli. Pada aku CUEPEC perlu ajar ahli dia berjimat cermat dari terus nak memboikot. Pi la tgk kat pasar ramadhan putrajaya and bangi. Semua ahli CUEPEC yg duk membazirkan duit beli makanan macam besok nak kiamat.

Mmg ada supplier yg naikkan harga barang secara sengaja, tapi jumlah dia x la banyak nak dibandingkan dgn kenaikan yg betol2 berlaku dari kesan keputusan pemerintah. Aku bukan anti pemerintah, cuma perlu dilihat setiap keputusan dari smua sudut. Tu blum kita crita pasal inflasi lagi. Duit dah jadi xda nilai dah. At one level dlu klu pi pasar bawak RM50, mcm2 bleh beli. Skang ni RM50 boleh dapat apa? Perkara ni akan terus menghimpit org ramai selagi xda tindakan drastik dibuat. Xperlu pembangunan sampai berbilion2 tapi org ramai trus sesak napas nak hidup dari hari ke hari. Pada aku kebajikan rakyat come first then we talk about pembangunan fizikal. Ada bangunan tinggi2 pon tapi org yg keje dalam bangunan tu duk hari2 makan biskut ngan maggie pon xguna jugakkan.

Jadi pikir2kan la. Aku blum jatuh ketahap mcm tu la, but i've a lot of friend yg jadi mcm tu, termasuk member2 yg ahli CUEPEC. Drg sendri pon pening dgn keadaan semasa. Kdg2 nak hidup sampai hujung bulan pon payah, ada ja short sana sini. Skali lagi aku ckp, boikot pon xguna la. Korang jugak yg rugi.


Baca artikel kat bawah ni..
Kadar tol baru oleh syarikat konsesi mula Januari 2008
The Star

Rakyat Malaysia akan menghadapi kenaikan 10% pada kadar tol, dengan lapan syarikat konsesi menaikkan bayaran tol bermula Januari tahun hadapan, beritahu Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu. Walau bagaimanapun, katanya kementerian sedang berusaha membuat cadangan untuk mengagihkan sebahagian kos kepada syarikat konsesi dan pihak kerajaan.

“Daripada meletakkan beban tersebut ke atas orang ramai, kita mahu bahagikan bebanan tersebut dibahagikan supaya syarikat-syarikat konsesi menanggungnya sedikit dan orang ramai sedikit.

“Saya akan meminta kerajaan jika ia dapat Bantu mengatasi situasi ini,” beritahunya kepada wartawan.

Ditanya berapa banyakkah kenaikan tol yang sebenar, Samy Vellu berkata, perjanjian menyatakan kenaikan 10%.

“Saya sudah kemukakan cadangan awal dan menjelaskan kepada Kabinet berapa kos sebenar yang terlibat, apa reaksi rakyat, apa yang kerajaan boleh lakukan, apa yang syarikat konsesi boleh lakukan sebagai syarikat yang bertanggungjawab dan apa lagi yang boleh dilakukan,” katanya.

Raya makin dekat, beli-belah masih lembab
BERNAMA

Sungguhpun ibadat puasa sudah masuk setengah bulan, kegiatan membeli-belah untuk persiapan raya masih tidak kelihatan rancak seperti pada tempoh sama tahun-tahun lepas.
Tinjauan di bazaar Ramadan sekitar Chow Kit dari pagi hingga awal petang hari ini mendapati sungguhpun pengunjung bersesak-sesak, namun peniaga mengeluh kerana hasil jualan berkurangan dari tahun lalu.

Pengguna kini mengambil pendekatan bijak dengan membuat tinjauan terlebih dulu dan hanya membeli daripada peniaga yang menawarkan harga terendah. Kebanyakan pengguna menyebut ketiadaan bonus bagi kakitangan kerajaan pada tahun ini, di samping kenaikan melambung harga sesetengah barang, sebagai alasan mereka perlu berhemah dan berjimat berbelanja.

Suri rumah Emy Amri, 45, berkata beliau meninjau harga barangan terlebih dahulu bagi mendapatkan pilihan terbaik. "Kalau nak beli kuih raya, biasanya saya beli pada saat-saat akhir, masa penjual melelong kuih boleh dapat empat jenis kuih dengan RM10, tapi kalau beli sekarang dapat tiga jenis saja," katanya.

Naida Mad Noh, 25, dari Gombak berkata baginya persiapan raya tahun ini sederhana, dan beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan itu. "Mungkin sebab tahun ini tak dapat bonus menyebabkan pengguna kurang membeli-belah ditambah pula kebanyakan harga barang naik dan saya kini berbelanja dengan berhemah," katanya.

Rakannya Noor Azah Ahmad, 25, dari Kampung Baru pula memperuntukkan RM1,000 bagi persiapan raya tahun ini, berbanding RM1,500 tahun lepas. "Baju untuk anak-anak saya dah beli sepasang untuk sorang bagi raya tahun ini, biasanya tahun lepas saya beli baju untuk anak setiap sorang dua pasang," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Bagi peniaga, kesan kenaikan harga barang dan kurangnya pembeli berbanding tahun lepas mula dirasai.Peniaga pakaian Salima Abu Bakar, 42, berkata Ramadan kali ini adalah paling teruk bagi jualan baju Melayu dan baju kurungnya. "Saya jual dengan harga murah, tapi orang tak beli juga nak kata barang tak cantik, semua baju yang saya jual cantik dan kain yang digunakan berkualiti, tapi orang tetap tak beli," katanya yang sudah 10 tahun berniaga. "Kebetulan tahun ni tak ada bonus, harga barang naik jadi pengguna kena berjimat. Kalau tahun lepas, masuk bulan Ramadan dah ramai orang membeli. "Jualan pula setakat ini baru mencecah RM1,000 berbanding RM3,000 dalam tempoh sama tahun lepas. Agaknya selagi baju raya tahun lepas masih boleh dipakai mereka takkan beli baju baru," katanya.

Bagi Mohd Ridzuan Mohd Yusuf, 23, yang berniaga kuih warisan keluarga sejak 25 tahun berkata jualan kuih raya agak berkurangan berbanding tahun lepas. "Jika tahun lepas saya menerima banyak tempahan, tapi tahun ini pembeli yang membuat tempahan berkurangan. Dulu mereka membeli kuih dua minggu sebelum raya, tapi sekarang mereka hanya meninjau ...tanpa membeli," katanya.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

kamarulzaman said...

memanglah betul bila harga minyak naik, harga barang kena naik. kos buat barang naik. Tapi masalahnya, pengeluar yang takda hati perut, harga minyak naik 10%, kos barang naik 10%, tapi barang nak jual dengan harga naik 50%, kalau gaji naik, pasal apa harga barang nak naik, bukannya naik gaji kakitangan awam, harga kos barang naiok, Itu yang jadi masalah, gaji kakitangan awam naik 10%,tapi harga barang naik 50%. Pteruncit atau peniaga memang tak salah, sbb mereka ambik barang yg dah mahal dari pengeluar dan pengilang. Yang jadi masal, pengilang dan pebgeluar yang takda hati perut. macam juga penternak ayam yang juga yang mahu jual ayam ikut sukahati mereka, bila kerajaan ambil ayam banyak dari luar dan harga ayam murah di pasaran, mereka salahkan kerajaan tak jaga kepentingan mereka, tapi bila kerajaan sekat ayam dari luar negeri, mereka jual ayam mahal, dan yang jadi masalah rakyat yang msikin nak kena bayar mahal untuk beri mereka untung. FIKIRLAH sendiri. Kerajaan patut biarkan semua barangan dari laur banyak masuk biar barang banyak di pasaran, pembeli dapat pilih ikut sukahati mereka, baru rakyat sejahtera dan tak teraniaya.. Dan juga bagi barang yang terkawal seperti gula dan beras sebab ada sekatan barang dari luar, kerajaan kena ambil tindakan tegas jika mereka naik harga sesuka hati. Potong lesen terus dan bagi dengan orang lain yang boleh beri harga murah.. Beri peluang baranagluar mausk negeri kita, biar rakyat dapat beli macam2 baranag yang murah, barulah orang msiskin rasa duit mereka berharga...,.