Pages

Buffet Ramadhan

Hari ni genap 7 hari kita berpuasa. Macam2 ragam aku tgk kat UKM. Ada yg duk beli lauk berbuka mcm xda hari esok. Then ada yg duk masak maggie ja or makan roti ja. Aku sendri almost everyday berbuka dalam kereta ja. Sbb duk on the way bli barang kedai then slalu sangkut dalam jam. Then buka dgn air kosong ja + rotab (rotab is kurma masak blum dijeruk, tamar is kurma yg dah jadi jeruk yg slalu kira makan tu). Tersentuh jgk hati bila lalu sebelah masjid UKM. Padat dgn student yg berbuka dalam dulang (makanan sedekah dari masjid). Teringat aku masa study dlu, masjid le tempat berbuka, sbb duit slalu short. Makan la dalam dulang dgn 4 org. Nasi kat tengah2 then lauk keliling dia. Sedap tuhan aje yg tahu walaupon kadang2 kita xkenal umat yg duk makan sedulang dgn kita. Mmg syukur giler sbb dapat jugak aku berbuka puasa klu nak dibandingkan dgn umat lain yg duk menderita kat luar negara tu. Sampai hari ni aku berbuka ala kadar ja sbb walaupon bergaji agak lumayan, tapi aku secubanya menghayati ramadhan dgn berjimat dan beramal selagi boleh.

Aku ada skit tip pada smua dalam menangani keadaan berpuasa ni. Seelok2nya masa berbuka tu makan ala kadar ja, sebolehnya banyakkan air dan bende2 manis.Then lepas terawih baru makan bende berat or makan bende berat masa bersahur. Aku peratikan org slalu masuk ja azan, tu dia, makan xingat, rokok pon xingat, hantam macam sejam lagi nak kiamat. Lepas tu tersandar dah. Magrib kemana, terawih kemana. Badan akan jadi lebih letih sbb kita makan terlalu banyak. Process penghadaman tu akan mengganggu mood kita. Tu yg rasa terlalu letih, pas tu trus tido. Apa barang. Sendri cari penyakit.

Ok.. pagi ni aku ada dapat satu list "BUFFET RAMADHAN". Aku agak terperanjat la, harga paling mahal aku tgk is RM132++ dan paling murah is RM30++. Korang rasa berbaloi ker? Sebelum posa Ustaz Harunsani ada kata, buffet ramadhan adalah satu pembaziran. Then drang duk berdebat dan hantam balik ulama ni kata bende tu xmembazir. Tapi mmg membazir la. RM132++, aku ingat klu kasi student UKM yg makan dalam dulang tu, sure depa boleh makan sebulan tuk berbuka. Kene ingat satu lagi, kita pi makan RM132++ tu bukan sorang. At least kene pi dgn family, kata la 2 org. Tu dia skali makan tuk sejam tu kene RM264++. Makan pon bukan boleh sekali gus makan mcm anak jin. Perut kosongkan, bila makan xda la bykkan. Yg dkt Nelayan pon dah naik. Dari RM20, naik RM25 dan skang RM30. Tu pon lauk jenis bundle punya. Udang pon kecik2 ja.

Pembudayaan bende ni agak melemaskan. Itu belum lagi citer yg pi bazaar ramadhan. Beli sampai berplastik2, makannya ada la kuih skit. Pas tu yg lain smua buang. Aku pernah terpikir, klu Allah kasi perang dalam negara ni aku pasti mmg ramai yg akan mati sebelum berjuang. Bila nafsu dah menguasai diri, abis la. Tu aku pernah bercakap tentang nafsu, setan dan diri kita sendri. Skang ni bulan posa ada 2 ja diri kita dan nafsu. Klu kita dpt kawal nafsu kita, maknanya kita berjaya jadi diri kita sendri. Maknanya xkan berlaku pembaziran. Jadi apa tujuan kita berpuasa? Penghayatan ramadhan tu betul2 dipenuhi ke? Tu blum crita pasal dekat2 nak raya nanti. Lagi melemaskan.

* Teringat nasib umat islam diiraq dan palestin. Cukup menyedihkan. Kadang2 teringin untuk pergi berjihad fisabilillah. Kita dihidupkan oleh ALLAH, dan kepada beliau kita akan dikembalikan. Jadi untuk apa kehidupan ini jika bukan segala2 dan semata2 kerana ALLAH. Pikirkan....

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :