Pages

Adam - My Hero



Adam skang duk slalu ikut aku kemana aku pi. Xkira ke hutan, kelaut, ke sungai atau kemana saja. Dia pasti akan ada dgn aku. Dulu aku xberteman dalam dunia aktiviti lasak aku. Skang dia la peneman setia aku. Hero aku ni akan masuk umur 4 tawun by early of next month.

It a very precious moment bila 1st time aku nampak dia lepas dia dilahirkan. Adam dilahirkan di HKL, pukul 4 petang. Sama dgn waktu kelahiran aku. Berat dia 2 kilo lebih masa tu. Aku ingat lagi masa tu pukul 4 pagi hari sebelumnya, mami dia kata air ketuban pecah. Aku duk kalut masa tu, then aku call mak aku and adik aku. Depa duk suh aku drive bawak pi HKL. Depa pon duk kalut gak masa tu sbb that is the 1st time ada org akan bersalin dalam family aku. Pagi tu aku ingat lagi bila mak aku dapat tolak satu kete yg duk blok kete aku. Dia punya kuat, bergerak la keta tu teralih dari depan kete aku. Then sampai spital, trus depa push dia masuk wad. Depa kata xpa, balik dulu sbb 1st baby selalu amek masa 12 ke 15 jam. Aku sebenarnya xtentu arah dah pagi tu. Risau apa akan jadi. Aku xbalik, duk tunggu luar wad, family member lain smua dah balik. Aku xmakan satu hari tu, masuk air sejuk dgn rokok ja. berkotak2 la rokok masuk.

Then aku duk macam tunggul kayu kat luar wad bersalin tu. Dgn panas tengahhari tu, hujan lak petang tu, dengan xmandi, mmg risau giler aku masa tu. Tuhan ja yang tahu. Then aku ada mintak nak masuk wad jumpa bini aku, tapi doktor xbenarkan sbb tu wad menunggu tuk pempuan nak bersalin, jadi xsesuai kata dia. Then dalam 3 lebih aku tgk depa duk usung bini aku masuk wad bersalin. Masa dah time. Masa tu ada satu bilik kat luar bilik bersalin tu. Jadi leh la lepak situ, then ada cermin kat pintu tu, jadi nampak la tempat dia letakkan baby. Lama gak la aku tunggu kat luar tu, mundar mandir xtentu arah. Dari luar, mcm2 suara boleh dgr. Meraung sana sini dan macam2 la. Klu malam2 duk situ, seram gak. Huhu. Aku duk terpikir gak, sure byk hantu kuntilanak atau hantu penanggal yg duk lepak situ sbb byk darah. Rezki hantu2 la kan.

Then 4 lebih aku tgk nurse tu letak satu baby kat bawah lampu kat tepi pintu tu. Aku tgk ja baby tu, muka mcm anak cina, mata sepet, duk pandang keliling. Tak nangis langsung. Kulit kuning, pale botak, hidung kemek. Then lama gak la aku perati baby tu, comel ja. Sejam pas tu depa duk tolak bini aku keluar, then baby yg aku nampak tadi rupanya adam dia letak sebelah bini aku. Aku xterkata masa tu. Happy sangat. Depa tolak masuk wad, then masa 1st time masa aku pegang adam rasa macam nak menangis pon ada. Dah jadi bapak aku dah aku ckp dlm hati. Then aku trus azankan adam. Masa azan tu hujan turun lebat, keluar la jgk air mata aku masa tu. Happy sbb aku telah diamanahkan untuk menjadi bapa dan menjaga budak ni. Aku tanamkan dalam diri aku, aku akan jadi bapa yg terbaik tuk anak2 dan menjadi suami yg bertanggungjawab.

Dan up to today, alhamdullillah, aku masih berpegang pada janji2 aku tu. Skang adam dah pandai solat, klu aku pi UKM sure dia ajak aku singgah masjid UKM ajak solat. Solat ramai2 kata dia. Klu aku kata kita solat kat rumah ja, dia akan jwb xbest solat sorang2, ramai2 lagi best. Cuma baru2 ni aku ada bawak dia pi HUKM, dia xmo makan. Lagi plak dia dah putus susu dkt stahun. Betul2 buat aku risau sbb badan dia susut sangat. Sian adam, dia makan ati kot. Huhu.
Aku plan nak anta dia pi Smart Reader next year. Kasi dia bersosial skit. Pas tu aku plan nak anta ngaji start lepas raya ni. Adam pon dah pandai nyanyi skang. Slalu klu lagu gwen or akon sure dia ikut punya. Lagi klu lagu ultraman, sampai abis la dia boleh nyanyi. Satu lagi lagu kiroro, mirae tu, pon favorite dia. Satu lagi hobi dia, kumpul cd ultraman, byk giler la koleksi dia. Sampai satu2 nama ultraman dia boleh kasi tau. Skang adam dah pandai bukak pc, cari folder game dia. Xmcm kita dulu la, nak pegang mouse pon ketar. Pas ni aku nak dia involve dalam business aku.

Harap hero aku ni akan terus sihat dan terus kuat dalam perjuangan hidup ni. Perjalanan beliau masih jauh lagi. Sama2 kita berdoa. Amin.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :