Pages

Trip To Melaka


Entah macam mana aku tetiba ja teringin nak pi melaka. Pagi sabtu, pack2 barang then trus pi melaka. All the way hujan renyai. Biasa la bulan hantu bagi org cina. Pada diaorang bulan ni akan sentiasa mendung dan hujan sbb hantu2 banyak duk lapa nak makan org, huhu. Adam duk excited giler, xabis2 nak tgk buaya kata dia. Aku duk berenti breakfast dkt RNR Seremban. Ramai giler org pagi ni, smua nak pi melaka kot. Aku nak puji la skit PLUS dalam pengendalian RNR ni. Dah macam rumah dah. Tandas ngan surau dia paling aku suka. Bersih sebersihnya. Futher environment pon selesa, mmg puas hati la. Cuma bab kualiti makanan, ada kedai yg duk jual barang makan tangkap muat ja. Beli nasi goreng, rasa nasi putih. Xda rasa nasik goreng pon. Beli mee xda rasa mee, rasa kicap ja. Aku rasa PLUS kene tekankan hal ni. Agaknya tukang masak tu puasa kot. Tu yg xleh nak rasa makanan yg dia masak tu.

Lepas makan aku duk pi petronas nak isi minyak, nindia, ramai giler mat rempit. Siap pasang bendera kat moto, ada yg duk pegang bendera tu. Rupa2nya ada konvoi budak2 ITM Shah Alam ke ITM Melaka. Dkt 100 bijik moto jgk la. Then moto besau ada dkt 20 biji. Malas nak komen byk, duk belajar kat 'U', x susun duit syiling, musti buat bendera terpanjang or, buat kuih terpanjang or konvoi moto terpanjang, or mcm2 la bende mengarut. Itulah dia Semangat Malaisi Boleh kat budak2 'U' ni (apa yg boleh tah).

Aku sampai Air Keroh kol 12.30PM. Sampai2 trus pi Taman Buaya Melaka. Dari pagar depan aku dah impress dah sbb ada sekor buaya besar nama Jonny kat depan pintu masuk tu. Mati sebab cemburu dan suka bergaduh, itulah deskripsi yg drang kasi pada buaya ni. Ayat kelakar, aku ingat manusia ja suka cemburu dan bergaduh. Masuk ja taman tu, aku trus rasa xpuas hati. Last aku datang sini tahun 1988, skang dah 2007, dekat 20 tahun, keadaan dia sama ja. Bentuk kandang sama, jalan2 kat dalam tu sama, rumah hantu. Mmg menyedihkan la. Serius xterjaga. Depa kata tgh naik taraf, what the fcuk naik taraf. Abis tu klu naik taraf xkan depa xda proper plan naikkan part by part. There is nothing dalam taman buaya tu. Dia duk lambakkan smua buaya dalam satu kandang. Lepas tu ruang pejalan kaki, kotor giler. Dgn air bertakung sana sini. Futher surau dia, aku rasa nak solat pon was2, bersih ker? Ada satu family pelancong jepun ni duk tanya aku, apa yg kita buat kat sini. Xda apa untuk dilihat. Mmg mengecewakan la. Kira xsampai xpectation aku la taman ni. Hati aku dah jadi tawar nak masuk melaka. Lepas pi Taman Buaya tu, aku pi ajak adam ke Taman Buku Sedunia and Botanical Garden. Lagi skali aku kecewa. Sama mcm taman buaya, xda apa untuk dilihat. Under renovation. Camna la depa ni meniaga. Klu nak reno pon buat part by part or shift brg pameran ke tempat lain. Business kene jalan mcm biasa walaupon ada renovation. Entah la, dah kaya kot tokey2 ni. Masuk kepada 2 kekecewaan, aku trust gerak pi town melaka. Malas nak pi taman mini and muzium lebah.

Sampai town aku trust cek in ke Hotel Melaka Street lebih kurang nama dia la. Belakang Renaisance Hotel. Hotel ni mengubat kekecewaan aku. Deco dia mmg best. Mcm zaman dulu2. Puas hati la smua pakai kayu. Mmg menarik, futher harga dia pon berpatutan, parking luas and ada swimming pool. Lepas solat aku trus bwk adam pi merayau. Kami sewa beca and pusing banda hilir. Brother tukang kayuh ni jadi tourist guide ler kasi tau smua sejarah yang ada. Mula2 dia duk bwk pi kat bangunan merah. Tu dia, sini ramai giler geng2 beca. Siap Digi sponsor tu, dgn baju, payung and few iklan tampal kat beca. Xda apa la sini cuma syok tgk sourvenior ja. Then dia bawak aku pi kubur hang jebat. Sampai area kubur aku rasa seram sejuk. Aku duk tafakur jap kasi sedekah al fatihah. Terawang2 jap pikir klu aku ada masa zaman tu, aku rasa aku pon akan jadi macam si jebat ni. Aku tgk adam dah boring. Naik beca aku citer la kat adam pasal hang jebat. Dia duk ckp kat aku, ultraman lagi best la baba, tangan boleh kluar kilat. Aduss... budak2 zaman skang.

Pas tu kmi pi jonker street. Sini byk la brg2 lama depa jual. Brg2 antik. Aku nak advise satu pada pentadbiran bandar melaka ni. Jalan kat town and area ni smua sehala. Then boleh muat sebijik kereta atau muat2 tuk dua biji kereta kecik kalu selisih. Ngapa nak allow org parking kat area tu. Bila satu lori sudah masuk. Abis sesak jalan. Kan elok xallow kete parking tepi jalan tu. Sediakan satu centalise are tuk parking. Pelancong wajibkan naik beca kat area lorong2 ni. At least kita bukak peluang org bwk beca ni dpt rezki lbh skit. Ni dah sesak mcm apa.Lepas tu kami pusing la few other places. Last kami pi ke A Famosa. Orait la. Seronok gak la adam duk pusing sana sini.

Aku duk peratikan xramai org muda yg berminat bawak beca ni. Dalam ramai2 tu aku perasan ada satu geng dalam 4 org ja yg aku rasa baru lepas skolah kot, bawa beca. Mashuk gak aku tgk. Sejam drang cas RM40. Skali pusing tanpa henti RM20. Satu hari depa boleh pukul up to RM100 ke RM300. Katala depa keje part time ja kayuh beca. sebulan lebih RM1000 gak drang bleh dapat apa. Satu lagi aku aku tgk depa cukup suka buat semak beca tu dgn bunga dan macam2. Depa kene pikir satu pendekatan malayneum skit. Nak hias beca, lagu yg depa pasang, pakaian depa yg kayuh beca or design beca tu sendri. Depa bleh tgk kat indo sampai ada beca dah macam bas, bleh kayuh 2 org, skali tarik 6 org bleh duduk.

Next trip aku ingat nak pi kuantan. Saja nak duk lepak2 semalam then balik. huhu. ole.
* xdpat nak load gambau la, N70 aku punya USB port rosak. Dia nak suh tukar handphone gak kot.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

riareesa said...

so nice trip to melaka...baba and adam!!...tenkiu very much