Pages

Siaran TV di internet

* rasanya sure lepas ni kene bayar punya.

PETALING JAYA: Orang ramai boleh menonton empat rangkaian stesen televisyen percuma milik Media Prima Berhad melalui internet atau TV Online-catch-up TV bermula 6 September ini.

Pengurus Besar Rangkaian Portal Media, Media Prima Berhad, Paul Moss, berkata penonton berpeluang mengikuti perkhidmatan terbaru itu di http://www.tv3.com.my/ untuk TV3, http://www.ntv7.com.my/ (NTV9), http://www.8tv.com.my/ (8TV) dan http://www.tv9.com.my/ (TV9).
“Kini penonton tidak perlu lagi risau sekiranya mereka ketinggalan untuk menyaksikan rancangan televisyen kegemaran mereka di empat rangkaian stesen percuma.

Lebih mengagumkan semua ini dapat ditonton dalam masa 12 jam selepas ia disiarkan di kaca televisyen. Setiap episod yang ditayangkan percuma selama seminggu dan kemudian ia akan menjadi bahan arkib

“Catch-up TV adalah tawaran terhebat kepada penonton yang boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana saja. Kita menawarkan kandungan program dan khidmat terbaik menggunakan teknologi dan infrastruktur teknologi maklumat (IT) canggih,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, penonton hanya perlu sebuah komputer atau komputer riba dengan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi untuk menonton rancangan kegemaran dengan kualiti sehebat televisyen.

“Selepas mendaftar secara online, penonton akan memuat turut perisian muat turun manager bagi kemudahan pengesanan muat turun. Bagi setiap muat turun yang dibayar penonton pasti tidak kecewa dengan siaran dan kualiti gambar sehebat televisyen dengan resolusi setinggi 720x575.

“Untuk memuat turun melalui stream web percuma pula bakal dinikmati dalam bentuk video dengan resolusi setinggi 570x456,” katanya.

Beliau berkata, bukan setakat menonton program televisyen, rakyat Malaysia kini dapat menikmati kandungan web eksklusif siaran langsung, sebalik tabir, klip video uji bakat, bloopers, siaran ulangan episod lalu, promo video, muat turun percuma, papan mesej, blog dan wiki.

“Lebih mengagumkan semua ini dapat ditonton dalam masa 12 jam selepas ia disiarkan di kaca televisyen. Setiap episod yang ditayangkan percuma selama seminggu dan kemudian ia akan menjadi bahan arkib.

“Perkhidmatan catch-up TV yang unik dan menarik ini berperanan sebagai platform yang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Penonton kini memiliki kebebasan memilih program kesukaan mereka,” katanya.

Moss berkata, perubahan kepada TV online itu adalah antara inisiatif Media Prima yang akan terus menjanjikan perkembangan positif tahun ini.

“Perkhidmatan internet terbukti satu platform media yang paling pesat berkembang dan kita mahu tampil sebagai satu-satunya destinasi TV online pilihan rakyat Malaysia,” katanya.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :