Pages

Saya Gemuk

* ni anak dara aku aida reesa. ada ala2 obes sikit budak ni.
GEMUK...ayat ni cukup klise dgn sorang yg pernah rapat dalam idup aku satu masa dulu. Sikit2 saya gemuk, tapi pada mata aku xda la gemuk. Sedap ja mata memandang. huhu. Ayat gemuk ni slalu jadi macam satu ayat mencarut dah pada org perempuan nie, pelikkan kata gemuknya mula la xlalu makan. keke. Ok, that is not the story, yg aku nak citer ni pasal ada satu club sukan ni. Smalam duk datang company aku buat free test tuk tgk berat badan, kira promosi la supaya kami join club ni. Ni keputusan test yg aku dapat

Age: 29
Height: 155cm
Weight: 64kg
Fat: 29.2%
BMI: 27

Normal BMI is 25. Then mamat instructor tu beriaya2 ckp aku overweight, kene la join club dia, bincang apa package terbaik nak buang lemak, expecially kat perut. Aku xsempat bersuara dia dah kasi aku. Mmg business minded btul. Aku pon bersuara lepas dia dah abis merapu.

Bro, i've been doing jogging 3 times a week with average 1 hours for each session. I went for running tournoment twice a month. I played futsal once a month. I played football twice a month with averange 1.5 hours for each session and i am doing fasting twice a week non stop. How u can say that i am overweight.

Dia duk pening takut dia kira2 salah... then aku pon ckp lagi...

You are not wrong bro, actually my diet is not that stable + i need more excersice on resistence. Take up some weight. Build up muscle and burn more colories in the muscle.
Then mamat ni tanya aku,
How do you know all this En.Arman.

Aku pon dah dapat peluang bila dia tanya aku mcm tu. Aku pon hantam sama dia.
I've been involve with sports since i was 5. I have my own instructor like you for my extream activities. I've played almost all type of sport since then. That why i can tell u where is my problem. I just want to give you an advise la bro, actually u can't direct jump to the conclusion when u see stupid face like me. U come here to give and advise to a stupid people on how to take care of their fitness. Then tell them the truth. Don't cheat and just think about the money. You try to achive quota or what?

Dia terdiam. Then dia mtk maaf kat aku kata dia baru dalam hal ni. And dia xmaksudkan apa2 dari ayat2 dia mula2 tadi. kekeke.. aku pon bukan nak kenekan dia cuma dia duk ckp mcm la budak2 IT ni bodoh sangat. Muka aku ni ada muka bodoh ke.... kekeke... but that is one of the scenario about all this marketing strategy. Dia pusing2 ckp, yg penting dia nak kita sign membership dgn club drang, btol dak...?

K.. aku nak share skit how to keep fit, keep slim and keep healthy. Semua 3 perkara tu bukan bende yg sama. Jgn keliru sbb ada yg rasa 3 bende tu bende yg sama. Tapi nak capai bende tu smua, perlu menggunakan kaedah yg sama. Kita perlu ada disiplin dan konsisten. Mcm aku slalu tekankan dalam artikel aku dalam ipoh marathon n siemens run. Kita perlu ada satu jadual tuk aktiviti senaman kita. Dan jadual diet kita. Klu kita boleh ikut dan konsisten kita ikut... insyallah kita boleh capai 3 perkara tadi.

Perkara yg sama dibuat oleh smua pusat2 atau club2 sukan. Dia akan timbang berat kita, lepas tu jadualkan waktu untuk kita datang ke centre tu dan kasi satu jadual diet. Then kene bayar dkt RM1K for membership and RM150 sebulan. Then additional payment for supplimentary dan ubat2.But klu kita bijak dalam membuat jadual kita dan konsisten, kita dah jimat dkt RM5K setahun untuk 3 perkara tadi. Mcm aku sendri, aku cuma kluarkan modal RM100 ja tuk bli kasut dan stoking aku. Tu ja modal aku tuk 2 bulan ni. Murah, jimat dan effisian. Jadi skali lagi aku tekankan buat jadual korang sendri. K, aku kasi skit tips tuk jadual aktiviti aku dan diet aku. Aku bukan nak kata aku dah fit, but dalam process nak fit dan menurunkan berat aku ke berat ideal

Isnin
Diet - Puasa sunat isnin. Buka puasa, Buah kurma + nasi separuh + sayur2 + jagung + ayam bakar 1/4 + air suam.
Sukan - X ada, tido awal.

Selasa
Diet - Sarapan epal hijau + oat + susu(2in1 packet) , lunch nasi pataya + air bali suam, diner roti + telur goreng + sayur + susu
Sukan - Jogging 5KM

Rabu
Diet - Sarapan epal merah + oat + susu(2in1 packet) , lunch nasi campur + air bali suam, diner mee/kuehtiaw goreng + air suam
Sukan - Jogging 5KM

Khamis
Diet - Puasa sunat khamis. Buka puasa, Buah kurma + nasi lemak + air suam.
Sukan - X ada, tido awal.

Jumaat
Diet - Sarapan buah pair + oat + susu(2in1 packet) , lunch nasi campur + air asam boy, diner roti + telur goreng + sayur + susu
Sukan - Jogging 5KM

Sabtu
Diet - Sarapan Roti Canai + Air Suam , lunch nasi campur + air suam, diner nasi berlauk + air suam
Sukan - Petang Bolasepak Padang, Malam Futsal

Ahad
Diet - Sarapan Nasi Lemak + Air Suam , lunch nasi campur + air suam, diner nasi berlauk + air suam
Sukan - Petang Bolasepak Padang


Lepas mengamalkan smua ni aku dapat turunkan berat aku dari 68kg ke 64kg dalam masa 2 bulan. Ianya konsitense tuk 2 bulan ni. Aku try to achive berat 58kg by another 3 month. Aku bleh nak buat penurunan mendadak klu nak, aku kene buat latihan angkat berat tuk membina otot. Dari situ pembakaran lemak dan kalori akan jadi lebih cepat. Tapi aku xberapa suka buat
weight program, duk terkurung, xnampak alam yg hijau. Aku prefer buat outdoor activity. Dari sudut fitness, aku rasa badan dah sedap dah, ringan ja rasa bila main bola. Stakat 10KM berlari non stop, rasa xda hal la. Cuma dari sudut jumlah lemak dan BMI(Body measurement Index) masih xideal. Jadi kene trus konsistense dan disiplin. Nak dapat smua tu bukan boleh cara
gelojoh. Ada aku tgk puasa xmakan apa2, then amek ubat tuk kurus. At last mati katak. Nak dapat smua tu kene sabar skit. Baru rasa berbaloi dan boleh citer ngan org (mcm aku citer ngan korang skang huhu).

Aku nak share satu citer pasal sorang kawan aku ni. Pompuan, dia duk nak kurus, badan dia boleh tahan la BMI dia. Then hari2 pi jogging dalam sejam (aku kenal dia masa jogging la). Puasa sunat mcm aku gak, dia pulun 4 hari sminggu puasa sunat. Dia duk citer yg berat dia trus maintain walaupon dia dah buat mcm2. Satu bagus dia ni, dia suka trus trang n dia xpercaya pada ubat2. Then futher konsistense dalam apa yg dia buat. Aku xleh komen apa2 la sebab aku nampak dia konsistense n futher dgn posa lagi. Satu petang lps berlari dia ajak aku pi minum kat Mc'D. Tu dia kantoi, skali dia order burger sampai 3 bijik, set pulak tu. Giler dia boleh abis. Lps tu aku taruk la dia. Makan mcm jin mcmana nak kurus. Sampai kluar air mata la dia kene. Aku tanya abis2, last satu lagi habit dia aku baru tau, dia suka makan lewat malam and suka makan
junk food n fast food.

Aku ckp ko berlari hari2 24 jam sehari, 7 hari sminggu pon ko xleh kurus. Disiplin hancur. Konsistense dah ada. Abis la. Aku suh dia kurangkan aktiviti xberdisiplin dia tu. La ni dia duk ikut diet aku dan aku baru dapat tau hari rabu ari tu berat dia dah turun 1.5kg. Happy giler dia. Jadi aku tekankan skali lagi

DISIPLIN dan KONSISTENSE
DISIPLIN dan KONSISTENSE
DISIPLIN dan KONSISTENSE
DISIPLIN dan KONSISTENSE
DISIPLIN dan KONSISTENSE
DISIPLIN dan KONSISTENSE
dan seterusnya..... ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

ScHiKOnG said...

salam...akak.. berjaya tak turunkan berat badan???? sy nak turunkan berat..tgh carik cara yang terbaik dan berkesan....