Pages

MU vs Juventus

Again, aku puas hati tgk game final smlm. It really high level football. Bleh nampak mmg jauh beza la dari asian football. Walaupon cuma skuad junior yg main division 3 tapi drang masih tunjukkan high level football. Division 3 kira mcm liga simpanan atau Piala Razak la kat malaisi (xda org tau pon ada liga ni rasanya melainkan org yg pernah main atau betul2 follow malaisi football akan tau). Sekali lagi aku nak ulas tentang apa yg diorang ada kita kurang. 'AKAL' and satu lagi additional yg drang ada 'BASIC FOOTBALL'. Kita xda bende2 ni. Kaedah menahan bola, cross, free kick, passing, junggling, thru ball, long ball. Smua perfect. Pendedahan dari basic football yg buat drang main really total football. Xda bende2 pelik pon drang buat. All is basic football. Simple game. Ni baru kata professional games.

Aku puji mamat no. 4 player MU tu. Dia akan jadi star satu hari nanti klu dia pandai jaga kaki dia. Lincah macam lipas. Mcm Ryan Gigg aku tgk cara dia main. Tapi kulit itam, huhu. Kecik ja, saiz asian player tapi bila dia challenge bola tinggi aku tgk kepala dia sampai dulu dari bek Juve. Mmg syok tgk dia main. Tuk Juve plak 5 bintang aku kasi ke En. Daud. Dia pon ada bakat besar aku tgk. Kicking dia mcm Beckam. Dia punya gelecek pon perfect aku tgk. Cuma xda ruang cantik tuk dia try. Smua tiang and sipi2 ja.

Aku ni bukan peminat MU pon, just aku nak tgk how they play depan mata. Aku puji satu la MU ni dan itu antara yg membezakan drang dari team lain dalam English Premier League. "Team work" mmg tight. Korang tgk smlm, sampai dpn gol pon dia bleh nak pas bola tu walaupon dia bleh try. Then backup dia cpt and rapat2. Klu dia naik 2 org, skelip mata ja ada 3 orang keliling
drang tuk cover. "Fast", ni mmg xpyh ckp la, smua org taukan. "Thru ball", korang tgk klu ada ruang ka xda, depa akan create jgk bola2 hantaran melalui celah2 org ni. Ni yg paling aku suka. Then akan ada ja player dia yg akan sambut. "Long ball" selalu akan sampai trus ke kaki. Jarang la yg tersasar. "Change a side", depa akan gunakan sluruh padang dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Tu yg buat drang special. Kalah ke menang aku xheran sgt, but persembahan keseluruhan tu yg buat kita syok. Lagi2 try yg sipi2 tu yg syok dari trus gol, btul dak.

Korang ingat dak pasal player malaisi yg aku puji ari tu. No. 3 bek kanan tu. Paper smlm ada citer pasal dia. PSV nak amek dia masuk akademi dia kat Jerman. He's good kata manager PSV. Huhu, klu mamat ni tolak tawaran ni aku rasa dia xkan pi mana2 dah lepas ni. Huhu. Then smlm ada satu kes agak kelakar la pada aku. Xtau la korang rasa kelakar ke x. Lepas bli tiket aku pusing2 jap ngan adam tgk klu ada jual any mafla nak buat koleksi. Biasa la mafla MU yg paling byk. Tapi dalam ramai2 yg menjual tu ada sorang brother ni ada jual mafla Indonesia. Aku jadi plik gak apasal dia jual mafla indon. Org lain smua jual mafla MU. Color n pattern dah sama mcm mafla MU. Merah putih. Aku tanya dia, bang apsal jual mafla indo. Dia plak buat muka pelik tgk aku. "Dik ari ni myteam main ngan indon la dik (dgn lorat jawa). Tgk smua jual kain indon". Ah sudah aku ckp dalam hati, ni silap channel ni. Aku ckp ke dia, "Bang, ni CYC la bang, MU vs Juventus final mlm ni, Myteam main bulan 11 lepas raya". Dia buat muka pelik lagi. Then aku tarik tangan adam ajak blah. Ini mcm punya org pon ada aku ckp dalam hati. Silap channel.

Lepas ni nak layan myteam plak. Aku rasa lauk kot team ni. Compare ngan indon, tu smua kaki besi tu. Aku penah tgk bambang dgn Alli Boy, sparing partner yg match. Skali dia 2 org naik, hancur. Then bila belaga keting, aku tgk drang relax ja bangun n berlari kejar bola tu. huhu, xpa kita tgk ja nanti.

Ole....

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :