Pages

Menghina Islam melalui Negaraku

* Heran jgk bila ada orang2 mcm ni yg masih declare diri mereka as malaisian. Isu yg cuba ditonjolkan adalah pada penghinaan islam (Media arus perdana lebih menekankan penghinaan lagu kebangsaan, bukan kepada lirik lagu berkenaan yg terang2 menghina islam). Dimana pihak pemerintah yg slalu berkokok pasal isu kebangsaan. Dimana bangsawan atau memanda yg duk slalu menjerit2 tentang isu ini. Come on berkokok semua....

Artikel dari Roslan SMS Corner
Berita berkenaan pelajar 24 tahun dari Muar ini mungkin tidak banyak diketahui oleh kita yang tidak dapat membaca dalam bahasa Cina. Wee Meng Chee pelajar dari Universiti Ming Chuan Taiwan ini dikatakan seorang yang agakj popular, artis muda yang banyak menerbitkan video klipnya sendiri. Akhbar The Star milik MCA pernah menonjolkan pemuda ini sebagai berbakat dan lagu-lagunya diinternet menerima lebih 600,000 hits! Saya sendiri tidak kenal anak Cina dari Muar ini sehinggalah terbaca satu berita ringkas dalam akhbar The Sun hari ini. Tajuknya

Student who insulted Negaraku may be recalled
Pelajar yang menghina Negaraku akan dipanggil balik

Membaca berita di atas saya terus mencari video clip tersebut yang dikatakan ada di post kan ke youtube. Beliau juga mengendalikan laman blognya sendiri (berbahasa Mandarin) di namewee.blogspot.com. Menurut berita The Sun itu lagu rap Negaraku yang dibikin oleh anak Cina Muar ini mengandungi senikata lucah dan menghina masyarakat Islam, polis dan kakitangan awam. Saya sempat menonton video klip 5 minit 32 saat itu dan terus meminta rakan saya yang boleh berbahsa Mandarin untuk menterjemahkannya dan ternayata memang video klip itu penuh dengan senikata lucah dan penghinaan. Kita mungkin tidak ambil pusing jika yang dihina itu adalah kerajaan, polis atau kakitangan awam (biarlah mereka mempertahankan diri mereka sendiri) tetapi apabila yang dihina adalah Islam, agama rasmi Negara maka saya kira tindakan anak Cina dari Muar ini sudah melampau dan perlu diambil tindakan. (Saya melihat dalam video klip itu gambar masjid dan orang sedang solat dengan diselangi gambar seekor ayam jantan, orang yang tidak faham Mandarin pun tahu apakah maksud si biadap ini). Kalau kerana apa yang dikatakan gambar palsu TPM Najib Tun Razak bersama Altantuya itu Tian Chua diligan sampai ke lubang cacing, takkanlah penghinaan terhadap Islam sebegini rupa oleh rakyat Malaysia sendiri berlalu tanpa sebarang tindakan!Tambahan pula kita sedang meraikan bukan Kemerdekaan, adakah kita mahu biarkan tindakan melampau ini berterusan?Raja Petra Kamarudin diseret ke balai kerana kononnya menghina Yang Dipertuan Agong dan Islam, bila pula Ketua Penerangan Umno Malaysia, Mat Taib, mahu membuat laporan polis berkenaan lagu Negaraku karangan anak Cina Muar ini?Ini bukan soal hak kebebasan, tetapi ini penghinaan terhadap agama, bangsa dan negara.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :