Pages

Malaisi vs PSV Eindhoven


Semalam aku duk pi tgk Malaisi main dgn PSV dkt Stadium Cheras. Xterpikir pon nak pi. Duk masa pi amek dobi, kawan aku duk inform aku depa nak pi stadium tgk bola. Apa lagi, aku balik siap2 then gerak trus ngan anak aku si adam.

Sampai stadium, tu dia, parking penuh. Aku duk parking kat area TNB, jauh nun kat Wisma Zelan. Adam dah gile excited, dgr org dalam stadium dah menjerit2. Game dah start kot. Aku tgk dalam paper game patut start 8.40pm tapi ni baru 8.30pm. Masa duk nak sampai kaunter tiket aku duk sambar satu selempang malaisi hadiah tuk adam, kasi dia lagi semangat. Duk ikat kat dahi adam, tu dia macam pejuang HAMAS pon ada. Anak aku ni mmg giler ngan bola. Dalam rumah pon dia duk main bola ngan maid aku. Abis la kecoh rumah kalu dia duk main bola. Masa MyTeam main dulu dia yg beriaya nak pi, masa tu umur dia baru masuk 3 tahun. Dia dah kene penyakit aku agaknya. Gile bersukan. Huhu.

Kat kaunter, tu dia punya ramai org. Sure depa pon aspect game start 8.40pm kot. Sampai ke kaunter, aku duk bayar RM24 tuk 2 orang dan untuk 4 game. Ngarut la depa ni, Stau aku tiket kata kat TV RM7 ja pergame. Ni depa duk pulun RM12 tuk 2 game. Tu pon game petang tadi aku kene bayar skali. Camna la org xbenci nak tgk bola kat malaisi ni.Budak start 3 tahun keatas pon kene bayar penuh. Lagi satu sengal. Slalu budak separuh harga tuk 5 tahun keatas. Masuk 13 tahun kira harga dewasa. Depa duk pukul rata ja, sapa la punya idea ni. Masuk dalam aku tgk agak ramai jugak la orang. Dalam 3000 orang ada kot. Ok la tu. Full respect la aku kasi pada penyokong2 malaisi, dari cina, india, yg janggut panjang, yg berserban, yg pakai suar pendek dan macam lagi smua turun dgn bendera dan t-shirt kuning masing2. Aku duk pi cari tempat duduk ngan adam. Cari area yg senang nak tgk gol. Adam dah start jerit2 macam penyokong2 lain. Aku tgk kat score board Malaisi 0 PSV 1. Aik bila goal. Sure game start awal ni. Ok ni conclusion yg dapat aku buat pasal game smlm.

1st half.
Malaisi main agak kelam kabut. Control bola hancur, turning lambat, passing hancur, marking xda, tapi aku puji pertahanan, clearance cantik, tackling class. Clean giler. Cuma ada skit leka, marking agak xbrapa baik. Aku puji player number 2. Sory la aku xbrapa ikut sgt team ni jadi xbrapa kenal player yg ada skang. Dtg pon sbb nak tgk PSV main huhu. Dan 1st half ni malaisi kene 2.

2nd half
Malaisi main organised dari 1st half. Baru nampak rentak tu. Byk try la tapi finishing xbrapa baik. Aku puji player no 16 (skali lagi maaf...xbrapa kenal) . Xpernah aku nampak player malaisi yg boleh gelecek macam tu. Then suka main kat corner flag. Mamat no 16 ni klu bagi dia exposure main kat luar aku rasa dia bleh pi jauh. Ada jgk la skit aksi2 gaduh. Bleh tahan jgk budak2 PSV ni. Kene red card sorang. But overall malaisi main agak baik dalam game nie.

Ok dari overall point satu ja aku rasa membezakan Malaisi dgn PSV. "AKAL". huhu. Knapa aku kata mcm tu. Ok. Fizikal player malaisi mmg aku puji. Tegap2. Tapi agak rendah. Player PSV xla berapa tegap, tapi tinggi2. Then dari segi fitness, aku nampak malaisi lebih fit. Dari hujung ke hujung aku tgk depa berlari kejar bola. Compare dgn PSV fitnes xbrapa baik. Tgk pon ramai player depa injured (fitness mainkan peranan dalam hal injury ni, slalu klu fit susah nak injured). Skill, aku rasa malaisi ada lebih dari sudut personal skill compare dgn PSV. Semangat, malaisi ada 100% semangat, dgn jeritan penyokong lagi. Haha sampai part AKAL, malaisi xbrapa panjang lagi klu nak bezakan dgn PSV. Sbb apa aku kata mcm tu. OK. Ada beberapa keadaan yg aku rasa PSV mng sebab akal, selain nasib (selalu legenda2 bola akan kata bolasepak adalah permainan nasib). Dalam masa pertama aku tgk PSV whole out main. Depa main total football. Xda yg main secara individu. Semua short pas. Semua main man to man. Easy passing dan menggunakan setiap sudut padang tuk larikan bola. Malaisi jadi kelam kabut sebab PSV main short pas dan setiap sudut ada player PSV. Jadi possibility gol mmg besar. Sbb malaisi player cpt loose bila kene serang. Dalam masa kedua. Aku rasa malaisi boleh score lebih dari 4 biji goal kalu depa berani nak try or shooting trus dari duk nak main dalam kotak penalti. Aku tgk 40 minit 2nd half tu paling menyiksakan bagi PSV sbb malaisi serang bertalu2. Apa PSV buat nak hadapi tekanan tu? Depa duk delay game. Nih tektik yg slalu aku buat masa main rugby. Depa tau depa dah save dgn 2 gol. Apa depa buat, sikit2 tergolek, injured kunun. Depa drag masa tu. At the same time player malaisi akan hilang rentak dan mood menyerang tu bila depa cool down the game. It happen, malaisi agak lost control bila depa kerap buat mcm tu. Then lagi PSV main dgn 10 org ja lepas sorang dpt card merah sbb bertumbuk dgn player malaisi. Lps dari tu, depa main long ball ja. Then injured. Delay lagi. Aku naik bosan gak 2nd half tgk game PSV.Dapat bezakan panjang akal budak2 PSV ni. Depa mmg patut menang.

Malaisi patut ada player yg suka buat bende2 pelik, mcm try dari jarak 30 meter ka atau try dari sudut sukar yg lain. Kaki shooting xda. Futher finishing pon hancur. Bila 1 by 1 dgn keeper dia punya tendang mcm nak pas bola ja. Aku tgk punya banyak bola luar kotak yg depa boleh duk hantam tapi duk nak main jgk bawak bola tu masuk kotak. Ni bukan main rugby bang duk sibuk nak makan tanah. Then lagi bola crossing pon sama dah smuanya xsampai 6 kaki senyum ja bek PSV. Then kelakar ada 3 kali bola cross. Depa duk tahan bola tu, then pas or gentel2 lagi dalam kotak. Kalu aku la, main one touch or 1st timer ja. At least kasi keeper gegar skit dan kasi penyokong kene sawan skit tgk byk bola2 sipi ni. Tapi aku puji team malaisi yg ni nak compare dgn team senior. Nampak la melawan drang dari team senior yg mmg aku malas nak komen dah. Byk lagi yg perlu diperbaiki pada aku. Team ni xleh nak jamin2 apa pada masa depan bolasepak kita. Tapi aku nampak something different dgn team ni. Fizikal, mood, semangat and skill.

Overall aku puas la tgk depa main. Adam lagi puas. Siap ckp nanti kita tgk Myteam dgn indonesia. Cuma xdpt cari brg PSV ja. Heran la, iklan n promosi depa xbrapa bagus la. Patut buat kat KL byk skit game. Klu BOCA or MU main kat KL, sure aku MC manjang. Huhu.

* Sok company akan bawak kami pi buat water rafting kat gopeng. Harap xda perkara buruk yg akan berlaku sbb musim ujan ni.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :