Pages

Jangan Pandang Tepi

* Gambo aku dgn pocong.




Korang percaya pada hantu dak? Hari ni aku nak share skit few pengalaman aku dgn bende2 mistik ni dekat kolej tempat aku berniaga. Aku ni bleh kata selalu jugak la terserempak dan ternampak perkara2 diluar batas kemanusiaan ni. Secara logic atau tidak korang pikirkan sendiri.

Latest aku ternampak mahluk ALLAH ni jumaat malam sabtu lepas. Aku balik dalam pukul 4am masa tu, lepas habiskan PC kat kedai. Aku sesorang ja. Slalunya klu nak balik, dari pintu keluar kolej ni aku kene lalu kawasan bukit dan hutan. Jadi dari pintu kolej nak ke simpang jalan besar aku kene turun bukit dalam250 meter. Masa turun tu agak berkabus skit. Aku ni mmg suka bukak tingkap dan menghirup udara segar pagi2. Jadi masa nak turun bukit tu aku xmasuk gear pon biar kereta turun sendiri dgn perlahan. Jadi masa tgh2 kawasan bukit tu aku ternampak mcm ada org kat tgh2 bukit tu. Duk mencangkung dan duk pandang aku. Aku pon duk perati la binatang apa lak duk lepak kat tepi bukit ni kul 4am. Masa lampu kete kene kat dia aku nampak jelas, satu mahkluk bentuk manusia. Budak dalam umur 10 tahun, kepala botak, telanjang duk senyum ke aku. Gigi dia hitam. Masa turun tu berderau darah aku tgk dia duk renung aku sambil tersenyum. Apa lagi, aku masukkan gear tutup tingkap dan terus tekan minyak selaju yg boleh nak sampai ker post pengawal. Sepanjang jalan nak balik aku terus xsedap hati. huhu...

Actually dah byk kali aku kene bende2 mcm ni kat laluan ni. Average time dari kol 1am ke 4am. Aku penah kene kejar dengan bola api dkt kawasan yang sama tahun lepas. Then bini aku penah nampak kaki terjuntai dari kawasan pokok2 kat tepi jalan tu masa nak balik satu malam. Then yg paling best anak aku adam penah ckp ke aku masa lalu kawasan yang sama dgn ayat yg aku xkan lupakan sampai hari ni. "Baba.. baba... tgk tu kakak tu terbang..." aku tanya mana... dia duk tunjuk kat satu pokok kat tepi jalan tu. Tapi aku xnampak apa2. huhu... Jadi aku slalu jugak la berdebar kalu balik lewat2 malam kut jalan ni. Tu satu hal, then aku pon pernah satu hari balik, sampai ja laluan tadi aku terbau bau busuk sgt dalam kete. Bini aku duk tanya aku apa bende yg busuk ni. Aku dpt rasakan ada something atas kereta masa lalu situ sbb terasa membuang masa layan simpang ke jalan besar (avanza cepat tangkap klu kereta rasa nak membuang ni). Aku duk suh bini aku diam. Dalam perjalanan aku ckp kuat2 ikut petua opah aku. Aku ckp, kalu nak tumpang bleh tumpang tapi aku mintak jgn kaco aku dan keluarga aku. Bau tu aku bawak sampai ke UPM. Lepas dari kawasan padang ragut tu dah xda bau and kete pon ringan macam biasa.

Nih lagi satu, korang kalu perasan klu nak masuk ke exit kajang, klu dari seremban, ada banyak pokok2 kat situ. Satu pagi tu dalam kol 3 lebih aku lalu situ lepas balik dari kedai. Dari jauh aku nampak bende pelik bergerak kat tiang lampu sebelum jambatan. Bende tu berbulu saiz lelaki dewasa dan aku tgk dia duk panjat tiang lampu tepi jalan tu. Giler ko kalu dah tiang lampu yg menyala, mmg jelas aku nampak mahkluk tu. Apalagi, aku tekan la minyak selagi mahu. huhu. Camna, kalu korang yg nampak bende2 macam ni. Bukan nak ckp besar, aku ni leh kata instinct agak kuat dalam hal2 mcm ni.Dan nasib slalu menyebelahi aku tuk dapat lihat secara sengaja atau xsengaja.

Ok nih ada lagi nak citer. Kat area tempat aku berniaga ni. Dari cerita din, member aku yg jadi jaga kat sini. Kolej ni dulu hutan. Dia duk sambung dgn hutan simpan kajang. Mmg betul pon sbb aku pernah dgr student citer depa pernah nampak binatang liar kat area parking kolej. Jadi bukan binatang liar, mahkluk liar pon banyak. Nih citer paling best, aku pernah nampak satu pompuan cantik dalam kedai aku. Huhu... Nak jadi citer aku ni slalu buat PC sampai pagi kat kedai ni. Jadi aku duk pasang la radio agak kuat satu pagi tu. Jadi masa tgh buat tu aku agak letih, then aku try la lelap kejap. Tak silap aku dalam pukul 2.30 pagi. Then aku terkejut bila aku dgr botol jatuh. Aku bangun la, pi tgk kedalam kedai. Masa tu aku dalam opis. Aku tgk satu botol sos dah pecah. Aku tgk cara pecah macam kene baling dari tempat tinggi. Sos ni ada kat rak kicap, rak paling bawah sebab dia kaca xleh letak tinggi2. Pas tu masa aku pusing aku nampak macam kelibat orang kat belakang aku. Aku dah xsedap ati. Pas tu aku gerak masuk opis balik. Aku pelahankan radio. Dari dalam opis aku dgr ada orang hempas pintu stor. Then aku nampak gondola (rak barang) barang2 dapur dalam kedai tu bergegar macam ada org gerak dari satu hujung blah sana. Aku pon apa lagi aku trus keluar kedai. Kunci and balik. Masa dalam kete nak gerak aku toleh ke kedai, aku nampak satu pompuan serba putih, pakai baju kurung, dengan selendang duk kat dalam kedai aku sambil peratikan aku. Ah, sudah aku cakap. Ada lak bende duk menumpang skang kat kedai tu.

Aku xcite kat bini aku, tapi aku pesan ke dia suh dia update aku apa jadi kat kedai masa dia masuk kedai pagi tu. Dia duk kasi tau kat rak barang dapur barang2 smua jatuh ke bawah. Then ada satu botol sos pecah. Confirm la apa aku alami malam tu.Then skali lagi aku nampak pompuan yg sama the next day. Kali ni dia duk kat tangga stage kat cc aku. Mmg cantik. Dia senyum ke aku. Sekelip mata ja dia hilang. Ah sudah. Skali lagi aku tutup kedai then pi ke pondok jaga kolej. Duk borak ngan din. Aku citer la apa yg jadi. Dia ckp dia dah slalu nampak pompuan tu dalam kedai aku. Sbb tu dia xpenah tutup lampu koridor kat kedai aku. Ah sudah. Aku ckp apsal ko xkasi tau aku. Dia ckp xda apa la. Tu mahkluk ALLAH jugak. Dia should be OK sbb kedai aku tu bawah surau. Jadi kalu mahkluk xbaik, dah lama dah terbakar dia ckp. Logik gak. Then up to today aku buat dek je la. Then din pesan, jaga susila kita, radio jgn pasang kuat2, jgn buat bende xbaik dalam kedai, solat jgn tinggal. Dia nak kasi peringatan kot kes dia gegar kedai aku malam tu. Serius upto today aku dah xda terima apa gangguan lagi. But sometimes aku akan terasa mcm ada angin sejuk kat persekitaran aku dan lepas tu bau wangi. Mungkin dia ada kot tgk aku buat PC...huhu.

Selain tu din citer kat aku yg klu musim cuti, mcm2 bende boleh nampak kat kolej tu. Penah skali dia nampak satu row blok tu lampu semua terbukak. Siap ada org gelak2 lagi bunyi mcm ada pesta. Tapi sepengetahuan dia xda org yg nginap kolej masa cuti tu. Then futher kat area bukit yg aku citer mula2 tadi ada satu pokok besar kat puncak dia. Kat situ dia slalu nampak bende duk terbang dalam lima nam ekor kat situ. Nampak jelas kat bawah cahaya bulan dia cakap. Huhu...


Jadi macam awal artikel ni tadi, korang nilai la sendri. Pada aku dalam islam dah sebut mmg wujud alam ghaib ni. Jadi xpayah la nak argue tentang kewujudan bende2 pelik nie (sampai ada geng2 paranormal duk kaji apa binatang ni.. quran dah ckp.. tu bangsa jin dan syaitan.. nak kaji apa lagi.. skali kene bubuh dgn Dr Fadilah Kamsah... xterjawab korang masa talk show kat astro..). Aku pernah dan slalu alami bende2 ni, dari zaman duk hostal kat Victoria Institiution (dpt kawan mahluk berbulu), kat kampung aku (dpt tgk langsuir), kat ITM Perak (nampak kepala terbang) , kat keramat (nampak toyol), kat kedai aku skang (nampak pompuan cantik) dan lepas ni xtau nampak apa lagi. Aku anggap tu smua kuasa ALLAH. Xda yg pelik Aku rasa syukur dapat diketemukan dgn bende2 mcm ni. Ada yg mintak tapi xdapat dan aku yg xmintak slalu plak nampak. At least kita boleh melihat besarnya kuasa ALLAH dan benarnya Al-Quran tu. Jadi carilah diri kita dari apa yg kita nampak. Bila kita sudah mengenal diri kita, maka sudah hampir diri kita kepada hakikat tentang insan kamil..... ole....

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :