Pages

Gopeng Rafting and Caving

It really a sweet moment pi gopeng last tuesday. Aku dari malam sebelum pi dah xcited nak pi sebab dah lama xinvolve dgn aktiviti berkumpulan mcm ni. Tido xlena la org kata. Pagi tu pukul 5am aku dah bangun. Siap2, aku trus keluar dalam 5.30am sbb berjanji nak amek sorang budak opis. Kunun nak car pool la. Duk aku call dia, dia ckp ada sorang lagi budak opis duk tido rumah dia dan dia akan keluar skali sekejap lagi. Then elok la tu, aku pon amek masa la skit nak drive pi cyberjaya. Xla laju sangat, saja nak menghayati suasana 1/3 malam. Kira aku kluar rumah sebelum subuh tu. Sampai cyberjaya dalam pukul 6.05am, aku trus runner pi petronas beli roti dgn air. Lapar giler aku pagi ni, sbb hari sebelum tu aku posa, berbuka pon dalam kete je sebab jalan jam kaw2. Aku sampai opis, gelap gulita lagi, duk pi surau solat subuh dlu, giler beb rasa syok giler dapat buat subuh kat opis nie rasa nikmat sangat, dgn sunyi, dgn aircond, dgn gema bila baca al fatihah. huhu. Lepas tu saja aku nak naik opis, nak pos skit citer "Jangan Pandang Tepi". Tu dia dah ramai, bos aku pon dah duk sampai. 6.30am dah penuh. Hem, dalam hati kata, this should be fun.

6.45am aku turun bawah sebab janji bas kami akan bertolak pukul 7am. Hampeh dgn bas sesat, pukul 7.30am baru ada kat highway. Xpa la, aku budget 3 hours sampai gopeng. Dalam bas, amoi2 (business analyst) duk buat simple aktiviti dalam bas, ada duk nyanyi2, duk buat lawak, duk ngata2, duk ngumpat. Satu geng lagi, budak2 programmer smua duk layan tido. Sampai ke aku, aku duk membaca la. Aku try nak abiskan satu buku dari TAN & TAN (salah sorang jutawan dalam property kat malaisi) "Never say I Assume". Suddenly aku lak jadi bahan amoi2 ni bila tgk aku membaca, drang kata budak2 IT ni mmg nerd dan xreti bergaul. Aku admit bende tu, tapi aku bukan type tu. Diorang kene tau, kita kene cukup rehat sebelum buat any xtream activity. Aku boleh jamin lembik korang nanti. Sbb tu aku xjoin drang buat bende2 ngarut. Sbb aku tau apa akibat dia bila berckp banyak ni. Air akan kurang dalam badan beb.

10.30 am baru sampai gopeng, gua tempurung. Berenti 2 kali, sebab ramai yg duk nak bocor sana sini. Pada perkiraan aku mmg dah lambat sebab matahari dah tinggi. Sampai2 drang trus pecahkan ikut kumpulan. Kumpulan aku dari geng2 satu bas tadi akan pi buat caving dulu. Lepas tu ptg kami akan buat rafting. Same tu another group. Pagi ni depa buat rafting dulu. Jadi kami trus masuk gua, sampai pintu gua aku agak teruja jugak la sbb lama xbuat caving. Dalam gua tu mmg gelap, mamat yg jadi tour guide tu duk berceloteh dgn broken english dia, kelakar pon ada but he is trying. Setiap batu2 tu dia duk citer la sejarah dan bende2 pelik dari bentuk2 batu tu. Biasa ja aku tgk cuma kita kene ada lebih imaginasi tuk buatkan batu2 nampak mcm mahluk yg mamat ni terangkan. Then kami pon berjalan abis la keliling gua, naik tangga, turun tangga. Geng2 aku yg byk ckp dalam bas tadi smua dah jadi bisu. Penat kot. Sampai part aktiviti air, kami kene jalan dalam air antara batu2 dalam gua ni, yg ni pon biasa ja. Ada satu part tu agak xtream jgk la pada aku, sbb kene gelongsor satu area dalam 15 kaki tinggi tapi curam almost 45'. Then lepas tu kami kene masuk dalam satu lubang kecik tuk lepas ke satu area lain. Masa ni sorang member duk sangkut perut dia kat situ sbb lubang tu btul2 kecik dia ni badan debab skit. Pucat muka dia, then aku ckp xpa, kang kami pijak kepala ko sampi ko lepas ke bawah. Dia gelak2 sundently perut dia terlepas sebelah sana, kuasa gelak kepada org yg takut masuk lubang kecik sampai terlepas la dari lubang tu. Overall caving pada aku xbrapa mncabar sgt la. Aku kasi 3 bintang dari 5. Masa nak kuar tu sorang amoi sudah terjatuh kat area batu tu. Dalam gua xplak ada org jatuh. Berdentum jgk la kepala, dah smua nak jadi hero. Aku trus blah dari situ, malas nak amek tau sbb for sure ok punya. Unless ada bengkak atau berdarah. Aku tgk xda apa pon, cuma terkejut skit ko. tu la byk ckp sangat dalam bas tadi.

Then aku trus lpk kat kedai makan kat situ, aku tgk tiba2 bapak aku muncul kat situ, la org tua ni sampai xkasi tau aku. Borak2 ngan dia sekejap pasal business then dia belah. Sempat jgk la dia kenalkan aku ngan view people kat area tu yg jugak kawan2 dia. Kira pasang kaum la. Sampai brother bwk bas tu pon kawan lama dia. Org tua ni cable dia boleh tahan. Lepas dia blah, aku sambung makan, huhu, kat dalam team ni ada 2 org ja melayu. Jadi aku dpt kawan baru, budak perempuan baru masuk. Ok la, lasak budak ni, boleh buat kawan la. Lepas makan, baru team lagi satu sampai, kami trus naik lori pi ke tempat nak buat rafting.

Jauh dia 45 minit tu baru sampai. Dah macam PATI dah dalam lori tu. Seronok jgk ler sbb lalu dalam kawasan kampung. Jadi layan le suasana hijau. Sampai2 depa duk brief mcmmana nak buat aktiviti ni. It more on safety purpose le. Dari life jacket sampai topi. Then saat mencabar datang. Depa nak kami buat "white water diving". Kami akan dilepaskan sorang2 kat jeram dan dkt air tenang kene berenang ke tebing atau ke bot berhampiran. Giler ko dgn air deras, dalam, batu2 banyak + life jacket + kasut sport. It not that easy kalu nak berenang beb. Expecially jacket tu sbb dia xmembantu kalu kita nak bergerak dalam air. Ramai la yg duk minum air dan diselamatkan guna tali. Failed kata Jamil brother yg akan jaga bot aku, klu mcm ni smua lemas. Huhu, cuak jgk la dalam hati, sbb tgk kederasan air tu.

Kami dibahagikan pada 4 org satu kumpulan tuk naik ke bot getah masing2. Mcm2 arahan mudah dia ajar supaya kami dapat buat terbaik dan xmo ada yg duk jatuh dari bot. Then dah ready kami pon bergerak. Dalam team aku ada 2 lelaki 2 perempuan. 2 pompuan duk tengah, dua lelaki kat depan dan jamil kat blakang skali handle keadaan bot. Masa jeram pertama kami lepas, mmg deras la, then masuk jeram ke 2 pon ok, masuk jeram 3 jamil kata ni jeram level 3(kesukaran jeram dia ikut level, 1 to 3, yg 3 slalu merbahaya dan paling sukar) ada double water. Jadi kene betul2 berhati, kalu dak sure jatuh. Then kita jumpa 2 km dari sini kata dia. Huhu, memang mencabar kata2 dia tu. Sampai ke jeram tu kami sama2 ikut arahan dia. Then kami berjaya, rasa mmg best la, adrenalin naik maximum jgk la kat jeram tu. Suddenly kami sampai satu lagi jeram, dia ckp ni level 2 dan batu byk. Tiba2 bot tu terlanggar satu batu besar dalam air then aku rasa bot tu ringan sebelah aku. Aku toleh blakang tgk Aisha, budak melayu baru tu dah ada kat dalam air, ah sudah, Jamil sempat paut jacket dia blah leher. Then aku trus sambut dia kat bahagian jacket satu lagi. Aku pon apa lagi praktikkan la apa yg aku blaja tadi. Tolak di dalam air and use momentum tarik balik dia ke atas terus ke bot. Nindia, berat macam hapa. Xberjaya nak bwk dia naik. Aku tgk Jamil duk paut bot ngan Aisha. At last aku guna cara aku sendri, Jamil pegang colar jacket dia, aku angkat kaki dia dari peha naik ke atas bot. Fuh lega. Dia berjaya dinaikkan. Kami smua giler happy, sbb berjaya buat smua dalam satu pasukan. To Aisha, aku kasi ko tabik spring la, ko mmg lasak, muka ada ala2 pucat la tapi aku tgk dia buat muka selamba ja bila naik atas Bot. Dalam hati tuhan ja yg tahukan. Huhu.

Then kami truskan perjalanan. Lepas dari jeram tu, kami lebih berhati2. Dan alhamdullillah smua ok sampai ke end point. Really aku ckp team work mmg penting la bila buat rafting ni. Bila satu side yg padle atau kayuh, bot akan bergerak senget, bila kita biar kawan kita jatuh sure akan ada yg cedera atau lemas. Jadi smua kene bekerjasama to make the bot go smoth and stabil. Kami abis buat rafting closed 6 pm. Kami sampai KL 10pm, giler ko. Aku balik dgn keadaan terlalu letih. But again aku akan datang balik bulan 12 tuk buat skali lagi dgn budak2 aku. Jamil kata masa tu best sbb smua jeram akan jadi level 3 and air lebih dalam. Lagi seronok sbb musim hujan. Huhu, aku dah jatuh cinta plak dgn sukan ni. Xpa insyallah i will come again.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :