Pages

Budak Sekolah Dan Keracunan

* Just want to share something here, dalam masa sbulan ni dah ada lebih 10 kes keracunan dari susu percuma nie. Sebenarnya apa yang terjadi? Dari apa yg aku nampak xda kawalan dalam distribution bende2 free ni. Supplier amek and hantar. Then Bila sampai ke skolah trus distribute. Ada ke diorang cek dulu maksud aku dari pihak supplier ke sekolah dan dari pihak sekolah ke budak2 yg minum susu nie. Kalu kita tgk yg kene bukan sikit, sampai 40 orang budak, means satu kelas. Satu peti susu ada 2 dozen atau 24 kotak, Jadi kalu satu kelas kene means 2 peti yg kasi problem. Dari pengalaman aku jual minuman kotak, susu xkan boleh rosak sampai satu peti melainkan expired date dia lebih dari yg sepatutnya. Lelain yg boleh menyebabkan susu tu rosak sampai satu peti sbb cara simpan susu tu, sama ada letak dia dkt tempat panas atau ada kotak yg pecah. Jadi mustahil dia boleh rosak sampai satu peti melainkan susu expired. Then apa kes supplier supply susu expired. Tapi mmg xmustahil ada susu rosak satu dua kotak dalam satu peti, xkan 40 org minum dari satu kotak yg rosak. Then satu lagi soalan aku, xkan la budak2 tu xdpt nak bezakan susu rosak and susu yg elok bila depa minum susu tu. Jadi byk persoalan dkt sini. Klu depa kata depa minum xrasa apa2 kerosakan, xkan susu tu ada campuran bahan yg boleh menyebabkan keracunan bila dah masuk perut. Soalan...soalan dan soalan....Then lepas lebih 10 kes baru kerajaan nak hentikan program susu nie tuk buat kajian. Napa depa xhentikan atau terus buat kajian bila kes pertama atau kedua berlaku. Aku rasa kes susu ni tiap2 bulan ada kuar paper punya. Jgn tido byk sangat la pada sesapa yg terlibat. Kesian budak2 skolah tu, nampak mcm xikhlas ja nak kasi minum susu tu. Baik xpyh bagi kan at least mak ayah xrisau.

Satu lagi aku nak sentuh, kes keracunan makanan dkt kantin skolah. Kes ni pon almost tiap2 bulan ada. Ari tu aku tgk berita sampai 2 skolah kat kedah kene keracunan dari kantin skolah. Klu korang ada baca artikel aku dalam MERDEKA aku ada sentuh satu perangai org malaisi nie. PENGOTOR. Jadi xpayah la aku citer panjang dah. Cuma aku nak persoalkan skit dkt sini, stau aku smua kantin yg diberi tender skolah ni akan disaring dan dilihat track rekod drang sblum diberi tender. Dia org kene ada mcm2 cert, contoh cert kebersihan dan kaedah penyediaan makanan. Then sampai ke skolah aku bleh kata la depa xkan ikut punya walaupon ada cert. Then apa kerja penguatkuasa? Duk bagitau bila nak visit, lancau apa. Nak visit pada aku xpyh bagitau, turun ja. Masa tu ko tgk la depa kelamkabut mcmmana. Then soalan aku lagi, apa kerja guru besar skolah tu. Pada aku duk pi la cek routine tgk mcmmana kantin, byk lalat ka, kotor ka, tukang masak kuku panjang ka. Satu lagi apa fungsi PIBG, depa ada hak apa nak pilih tender mana. Jadi aku xnampak ada masalah kalu konsep fardu kifayah tu betul2 ditekankan. Smua amek tau senang citer. Ni certain pihak ja amek tau jadi org lain amek kesempatan and amek mudah la. (aku masih tertanya2 sampai ari ni, apsal kari mamak dia panaskan tiga empat hari pon masih sedap dan jarang kita dgr org kene keracunan.. kas2 lebih kot...:P )

Susu percuma di sekolah ditangguhkan serta-merta
Wednesday, 08 August 2007 PUTRAJAYA: Program Susu Sekolah (PSS) ditangguhkan sementara waktu di seluruh negara berkuat kuasa serta- merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim. Beliau berkata, kementerian menarik balik kebenaran pelaksanaan program tersebut berikutan berulangnya kes keracunan dalam kalangan pelajar selepas meminum susu yang dibekalkan beberapa hari lalu. Katanya, program tersebut akan disambung semula selepas semua pembekal yang dilantik mengemukakan surat jaminan bahawa susu yang dibekalkan adalah selamat untuk diminum.

“Kami mahu pembekal memikul tanggungjawab untuk memeriksa di sekolah. Jika mereka berasakan sekolah tidak ada kemudahan menyimpan susu dengan betul, mereka boleh beritahu, untuk kita betulkan keadaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Hon berkata demikian selepas beliau dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Beberapa hari lepas, 60 murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil (SKSK) di Kedah dan 57 murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor (SKBP) di Kelantan dikatakan mengalami keracunan selepas meminum susu dibekalkan oleh kerajaan.

Pada 22 Mei lepas, kementerian menghentikan program tersebut berikutan empat kes keracunan yang berlaku, tetapi menariknya balik pada 15 Julai lalu. Program tersebut memberi manfaat kepada seramai 560,169 murid di lebih 6,000 sekolah di seluruh negara dan sejumlah RM23.9 juta dibelanjakan setahun untuk tujuan itu. Pada masa ini, terdapat kira-kira enam pembekal dan tiga buah pengilang susu dilantik untuk program PSS. Hon berkata, pada masa yang sama, kementerian sedang mengkaji bahan makanan atau minuman lain selain susu yang sesuai untuk dijadikan alternatif dalam program PSS. “Kami sedang melihat perkara itu secara serius, khususnya yang mempunyai kandungan kalsium dan protein yang sesuai bagi kesihatan murid sekolah,” katanya. - Bernama

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :