Pages

Bangsa Malaisi


Aku terpanggil nak share skit pasal satu isu yg diutarakan minggu lepas oleh beberapa pak2 mentri kita pasal bahasa malaisi (aku pon xphm dulu bahasa melayu). Depa duk bising pasal 50 thn merdeka, tapi ada jgk org dalam kabinet xleh nak ckp bahasa malaisi dgn betul, kelakar bila ada menteri sendri yg ckp bahasa malaisi lintang pukang. Ada beberapa perkara yg aku nak share pasal isu ni dgn pembacaan aku selama ni tentang isu kebangsaan ni. Klu salah pembacaan aku maka salah la apa yg aku utarakan ni. Korang boleh argue atau perbetulkan aku mana yg patut.


Pertama sekali, kenapa perkara ni berlaku? Dari sudut sejarah aku nak flashback balik kepada sejarah Bangsa Indonesia. Klu korang perhatikan, Bung karno telah menyatukan indonesia kepada satu bangsa yg dipanggil BANGSA INDONESIA. Dari keturunan cina, india, melayu (dgn beribu2 etnik) dapat disatukan menjadi satu bangsa. Apa yg berlaku, dgn kasarnya Bung karno telah menetapkan, hanya satu bahasa digunakan iaitu bahasa indonesia (bahasa melayu), satu konsep nama digunakan (sbb tu smua bangsa menggunakan nama standard, nama melayu), satu sistem pendidikan (pendidikan satu sistem, tidak ada mengikut pecahan kaum). Pada smua bangsa yg ada dalam indonesia kene ikut, klu dak akan lenyap dari bumi indonesia mcm tu sahaja. Jadi klu kita tgk, bila sbut nama armand maulana, org belum tentu tau dia bangsa apa dan agama apa kat sana. Cakap pon bahasa indonesia. Muka pon dah mcm melayu. Pakaian dah mcm melayu dan cara hidup pon mcm melayu. Huhu, itu di indonesia dgn konsep Bangsa Indonesia. Dan klu korang pernah baca sejarah, masa kita nak merdeka dulu ada satu kes konfrontasi dgn indonesia sbb tanah melayu xnak join indonesia jadi Indonesia Raya (satu negara baru hasil kombinasi tanah melayu dan indon). Dan ramai jgk la pejuang2 kemerdekaan kita dulu dari mereka yg extream dan berhaluan kiri mahukan kombinasi ni. Tapi xmenjadi sbb ada parti yg xmo kombinasi ni (xclear dalam sejarah tingkatan 5, cari buku2 tulisan dari UKM, ada byk pasal perjuangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan).


Jadi dimana kita BANGSA MALAISI. Klu korang ada baca buku The Malay Dlima tulisan Tun Dr. Mahadir, dia ada sebut, nak menjadikan kita satu bangsa yg bersatu dan menjadi satu bangsa di malaisi, setiap kaum perlu meninggalkan segala bentuk tradisi sesuatu kaum. Dari sudut bahasa, cara hidup, pendidikan dan segala2nya tentang kaum tu sendiri dan satu standard
bangsa perlu dibuat. Jadi dalam perjanjian persekutuan malaisi dgn berbagai kaum, melayu adalah segala2nya di malaisi. Sebab tu sebelum merdeka pon nama semenanjung tanah sini dipanggil TANAH MELAYU. Jadi smua bangsa menerima dgn sebulat suara dan klu bangsa lain xmo dgr depa bleh keluar dari tanah melayu sama ada balik kenegara asal masing2 atau pergi ke singapura pada masa tu. Ni dari apa yg aku paham dan baca. Jadi apa yg Tun tulis bleh kata sama dgn apa yg Bung karno buat di Indonesia.


Tapi apa yg kita buat kat sini tuk merealisasikan satu bangsa dipanggil BANGSA MALAISI.


Adakah kita ada menetapkan satu bahasa kebangsaan dinegara ini? Ya ada bahasa malaysia (suatu masa bahasa melayu). Tetapi bangsa lain boleh bercakap atau bertutur dgn bahasa kebangsaan nenek moyang mereka(Ada akta yg menyatakan kita bebas mengamalkan amalan budaya bangsa masing2 dalam negara ini).


Adakah kita ada mempunyai satu standard sistem pendidikan untuk bangsa malaisi? Ya ada. Tetapi bangsa lain boleh buat sistem pendidikan mereka sendiri dgn membina sekolah mengikut bangsa masing2.


Jadi kenapa kita nak bising2 selepas 50 thn merdeka bila ada pak menteri yg tak boleh berckp bahasa malaisi. Kita sendri yg buat sistem tu. Jadi atas dasar tolak ansur, masing2 menjadi bangsa dan membawa identiti kaum masing2. Dan kita lihat jurang pendapat antara bangsa menjadi semakin jauh (sebab tu ada lagu rap negaraku). Satu konsep kebangsaan xditekankan.


Adakah kita boleh dipanggil BANGSA MALAISI sekarang? Pada aku la, slagi xjadi mcm apa yg Tun tulis and Bung karno buat, slagi tu kita xda BANGSA MALAISI. Then Tun pon gagal jgk pada aku sbb apa yg dia tulis xdpt direalisasikan walaupon 25 tahun dia duk memerintah malaisi. Yg aku nampak dia cuba nak memperkuatkan bangsa melayu tu sendiri. Dia balik ke akar masalah, tapi pemikiran bangsa melayu terus didodoikan tanpa rasa takut satu hari hak mereka akan ditarik mcm tu ja. Sekali lagi akal dan jati diri bangsa mlayu di pertikaikan. Dan satu lagi good point dari buku Tun yg aku nak share adalah "GENETIK" bangsa memainkan peranan dalam konsep kebangsaan tu sendri. Aku akui apa yg Tun ckp tu betul. Tgk siapa dan apa itu bangsa melayu dari zaman dulu sampai la ni byk hitam dan putihnya. Tgk pulak campuran bangsa apa yg jadi mcm mamak atau baba atau ceti. Cuba korang peratikan soalan aku ini.


Kenapa skang kita sibuk nak anta anak2 kita pi blaja ckp cina? (patut org lain yg berlumba2 belaja ckp melayu)


Kenapa kita sibuk bercakap pasal feng shui? (patut org lain sibuk masuk jawi)


Kenapa kita suka tgk citer kungfu dari citer sembilu? (patut org lain sibuk tgk filem kiter, mcm zaman p ramlee)


Kenapa kita suka tgk amoi dari awek melayu? (patut org lain tgk awek2 mlayu)


kenapa awek mlayu suka cari bangsa lain? (kene sedar diri le lelaki mlayu)


Kenapa kita sibuk membandingkan diri kita dgn bangsa lain? (patut bangsa lain membandingkan bende yg baik dgn kita)


Jadi aku rasa pak2 mentri patut pikir balik dari keseluruhan jln cerita, bukan dgn nak tampal(macam iklan petronas yg buat sampan tu) ja masalah ni dgn kata nak buat few test pada ahli2 kabinet dalam penguasaan bahasa malaisi masing2. Tu baru org dalam kabinet, kat luar tu lagi truk, sampai kadang2 kita pon xpaham apa yg drang ckp. Aku rasa bangladesh atau nepal pon ckp bahasa malaisi lebih baik kat luar tu dari org yg duk dan dibesarkan kat malaisi ni.


But full respect aku pada geng2 bangsa lain yg duk kat kelantan (masih dalam kajian aku kenapa drang boleh dibangsakan). Drang aku bleh kata Bangsa Malaisi. Siap lengkap serba serbi mcm melayu, dgn nama gelaran siap skali. Dan aku tgk drang lebih baik dalam kemampuan bergaul dgn bangsa2 lain di Kuala Lumpur. Pernah seorang kawan berbangsa cina dari selangor yg menjadi guru di kelantan menyatakan dia xpernah merasakan suasana dan seselamat didalam kalangan melayu masa duk kat sana. Klu ada peluang dia nak duk pindah kat sana kata dia. Entah la, aku xpernah duk kelantan sampai 2..3 hari.. insyallah sapa2 ada pengalaman yg sama bleh kongsikan. Jadi lupakan Bangsa Malaisi. Betulkan sistem kita dulu. (Boleh ker..?)


Ole.


* artikel adalah sekadar pendapat naif penulis... nota untuk difikirkan bersama, rasanya DAP ada buat kolokium pasal isu ni dgn menyatakan hak kesaksamaan dalam mencapai status Bangsa Malaisi. Sekali lagi aku nak kita tgk bagaimana Bung Karno membina Bangsa Indonesia dan mcm tu la jgk pada aku klu kita nak bina Bangsa Malaisi.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :