Pages

Babi dan Sekolah

Korang ada tgk berita xsemalam. Kes kat melaka, yang ada skolah tu betul2 ada kandang babi dkt sebelah skolah tu. Apa la sengal punya kes. Soalan2 yg aku rasa korang pon ada terpikir.

1.Sapa Ahli Dewan Undangan Negri kat situ, tido ka? (gaji dah naik, productive la skit)

2.Mana polis kat situ, dah sah kira mengganggu ketenteraman awam? (gaji n elaun dah naik, xkan nak kene ketuk baru nak buat kerje)

3.Mana majlis perbandaran kat situ? (sapa la yg kasi lesen drang bukak kandang tu, dia xkan brani bukak klu xda org kat blakang dia)

4.Mana jabatan penguatkuasa berkenaan, jabatan kesihatan, jabatan pendidikan, jabatan pertanian, jabatan alam sekitar? (xkan nak kene masuk Edisi Siasat baru nak turun padang)

5.Sapa diblakang smua ni?

Untuk pengetahuan korang, sorang sahabat aku pernah dioffer oleh seorang tokey kandang babi tuk buat part time. Keje dia mudah, Bawak ja lori dari satu kandang ke tempat penyembelihan, lepas tu bawak lori dgn muatan yg dah disembelih ke pasar. Dia nak bayar RM60 untuk setiap ekor dalam lori tu. Mudahkan, xpayah pegang atau buat apa2 pon, just make sure binatang ni sampai ke destinasi. Jadi klu dia mampu nak byr sebanyak tu tuk seekor, korang agak berapa harga seekor dia dapat. Huhu, kaya tokey babi ni.

Seperkara lagi, costing tuk bela binatang ni bukan tinggi pon klu ikut cara kandang kat melaka tu. Binatang ni dia makan bahan buangan, contoh macam sayur2 rosak atau sisa makanan. Kira makan hampas la. Najis dia pon dia makan balik. Then kandang pon bukan perlu bersih pon, sbb tu dia punya bau satu macam dan kandang kotor giler (camna la ada org sanggup makan). Jadi dgn cost rendah dan pulangan yg tinggi, sapa xnak bela binatang nikan. Xkisah la sapa nak makan atau sapa nak bela, Soalannya kenapa bela dkt kawasan penempatan manusia.

Aku diberitahu oleh jabatan pertanian masa nak bukak kandang lembu kat kg aku, aku perlu mematuhi beberapa syarat dan kriteria. Antaranya, kandang perlu berada 100 - 200 meter radius (keliling) dari penempatan manusia (nak elakkan bau dan penyakit). Selain tu aku kene inform jabatan pertanian bilangan ekor lembu yg ada sbb depa akan datang buat lawatan tuk buat pemeriksaan kesihatan keatas binatang ternakan (takut ada yg bawak penyakit). Dan lagi drang akan cek smua konsep kandang, dari sistem perparitan, kebersihan sampai sistem bagi makan dan mcm2 la. Aku paham smua tu just to make sure binatang2 ni sihat dan boleh dimakan oleh manusia. Dalam kes kat melaka, kita boleh berbalik kepada soalan2 kita yang ada 5 tu.

Lagi satu perkara menarik aku nak share la. Apa kerja kariah kat situ. xkan xda ketua kampung ka, ketua masyarakat ka, tok imam ka, org kuat parti pembangkang ka yg slalu membangkang, atau xkan xda samseng melayu atau kepala tai ko kat kg tu. Org mlayu ni kalu isu sesama mlayu aku tgk, bersungguh2 la melompat sana sini. Tapi bila kes mcm ni duk tgk ja buat apa. Bising kat TV. Klu kat kg tu ada org usik awek dia, jadi bergaduh sampai masuk hospital. Tapi bila kes awek dia hari2 bau bende harum kat skolah yg dia mengajar, biar ja. kelakarkan.

Nih ada satu kes kat klang, baru minggu lepas klu xsilap aku. Kes ambulan kene serang sebab lambat sampai ke tempat aksiden. Abis la cedera org yg bawak ambulan tu. Nampak dak? Bukan skali dua la kes ni jadi kat klang, ada kes org minyak depa taruk sampai mati pon ada. Sama gak ngan beberapa kes bangsa lain yg duk mencuri lembu kat situ, abis jadi lauk. Depa xtgk ja, depa tau harapkan org yg dipertanggujawapkan blum tentu depa nak buat keje. Jadi terjadi la kes depa buat semua tu atas budi bicara dan tangan drang sendri. Jadi kawasan klang aku tgk kawasan hitam dan putih (kes jenayah terlalu tinggi kat sini, jadi xmustahil depa buat mcm tu).

Aku bukan nak menggalakkan org buat kerja blakang undang2 ni. Cuma drang ada byk channel yg drang boleh buat. Kene unite and ada sorang kepala la. Ni bila En Karam tanya, jawapan dia cukup menyedihkan, "Kami xleh buat apa2", aku tgk sihat walafiat ja xkan xleh fikir tuk buat sesuatu. Xkan nak tgk sampai ada anak depa kene JE baru nak buat sesuatu.

They need to do something, pi jabatan mana2 klu rasa jabatan2 ni xnak amek tau. Ni lagi satu klakar, kita lak nak kene terhegeh2 ke jabatan2 ni. Patut in productive way, depa yg kene turun cari kes. Cam satu kes member aku, dia buta dan hidup agak susah jgk la. Then aku tanya dia apsal xpi mintak duit zakat. Dia ckp macam2 hal kat sana bila dia pi. Isi borang sampai macam buku. Soalan mcm2 lak tu. Kene pi sana sini buat medical cek up. Dah la buta, xberkemampuan lak tu. Depa nak mcm2. Aku pon heran, depa kat jabatan2 yg dipertanggung jawabkan tuk agihkan bantuan ni buat mcm duit tu duit depa. Nak kasi susah sgt. Klu si buta ni nak menipu pon tu dia jwp la dgn Allah nanti sbb makan duit tu. Ala bukan byk pon dia dpt, sewa rumah pon xlepas. Satu lagi kes kat kg2. Aku penah pi ke sabak bernam. Saja nak agih skit bantuan makanan. Budget dari kedai aku untuk 5 family. Aku gamble ja redah cari rumah2 kg yg mcm nak runtuh kat area2 ni. Masa agih2kan tu, aku tanya depa apsal xpi mintak bantuan jabatan kebajikan. Depa kata depa xtau. menulis pon xreti camna nak kluar. See, in productive way pada aku jabatan kebajikan kene pi cari org2 susah ni, bukan tunggu depa datang mtk bantuan. Futher kepala kg atau jiran2 pon kene mainkan peranan, tolong inform jabatan2 ni ada org susah kat kg tu.

Smua tu xberlaku sbb smua mementingkan diri sendri ja skang (termasuk diri aku, huhu). Nabi ada pesan, kita kene knal at least 40 pintu radius jiran2 kita. Klu kita tidur dalam kekenyangan dan jiran kita lapo xmakan, dosa kita sampai ke pagi tu. Jgn main2. Konsep dia "UNITY" dan "AMEK TAU". Xsalah jaga tepi kain klu tu tuntutan fardu Kifayah. Jadi what to say... kita sendiri yg boleh mengubah nasib diri kita. Pada adik2 yg terpaksa tutup idung dan tingkap klas masa blaja kat melaka tu, sabo la bebanyak. Klu mak abah korang xleh buat apa2 atas kes ni. Harap korang boleh buat sesuatu untuk anak2 korang nanti.

Aku sentiasa berpegang pada kata2 ni. Klu kita trus bernasib malang, jgn salahkan takdir atau salahkan org lain, tapi ubah la sikap kita. Sikap yg membawa kepada semua tu.

Ole....

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

John said...

It can't really have effect, I believe this way.
puzzles download | win free game | download de jogos | download for pc | free games for pc