Pages

Petronas untung RM76b -- 'Tertinggi dalam sejarah'



* herankan... untung biliun2... tapi harga minyak xturun2 jgk....lepas tu camna kata gomen xda duit.... cukai petronas ja dkt 50 billiun.... blum cukai genting... Toto... magnum... Carlsberg... cukai foreign bank...dan macam2 lg cukai la...
klu dilihat dari logik la... patut dah xda lagi tol kat malaisi ni... then educationpon patut free selain hospital free... then harga barang pon patut rendah....mana pi smua duit tu.... kita ada hutang dgn bank dunia ka...atau dgn ah long bukit beruntung...?



Oleh Khairuddin Mohd. Amin dan Amran Ahmad

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai tertinggi dalam
sejarahnya berjumlah RM76.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007.
Angka itu dicatatkan walaupun industri minyak dan gas berdepan dengan persekitaran
yang serba mencabar.
Hasil keuntungan tersebut, Petronas menyumbang balik sejumlah RM48.3 bilion kepada
kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.
Tahun lalu syarikat minyak kebangsaan itu mencatatkan keuntungan RM69.4 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata,
peningkatan prestasi kewangan itu bukan hanya dipacu oleh harga minyak yang lebih
tinggi tetapi juga disebabkan oleh peningkatan dagangan jualan semua perniagaan yang
diterokainya.
‘‘Prestasi kewangan dan operasi yang memberangsangkan ini membuktikan kejayaan
strategi integrasi, nilai tambah dan globalisasi kumpulan,” katanya ketika mengumumkan
prestasi kewangan Petronas di sini, hari ini.
Bagi tempoh kewangan tersebut, perolehan Petronas turut mencatatkan peningkatan
perolehan kepada RM184.1 bilion berbanding RM167.4 bilion untuk tempoh yang sama, naik
10 peratus.
Produk petroliam yang ditapis kekal menjadi penyumbang utama kepada perolehan kumpulan
itu apabila segmen tersebut mencatatkan jualan bernilai RM62.7 bilion.
Menurut Mohd. Hassan, kumpulan terus mendapat manfaat daripada strategi globalisasi
dengan perniagaan antarabangsanya, meliputi operasi antarabangsa dan eksport dari
Malaysia, mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak RM10.9 bilion kepada RM141.0 bilion,
iaitu 76.6 peratus perolehan keseluruhan kumpulan.
‘‘(Perniagaan) antarabangsa akan menjadi bertambah penting untuk kumpulan bergerak ke
hadapan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Mohd. Hassan memberitahu, Petronas menerima kesan daripada kekukuhan
nilai ringgi terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan urusniaga kumpulan
dilakukan dalam mata wang asing itu.
‘‘Kami adalah ‘syarikat dolar AS’,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Hassan berkata, rizab minyak Malaysia meningkat sebanyak 1.4
peratus pada 1 Januari lalu kepada 20.18 bilion bersamaan tong minyak (boe-barrels of
oil equivalent) berbanding 19.91 bilion boe untuk tempoh yang sama tahun lalu
berikutan kempen penerokaan berterusan yang dilakukan oleh Petronas dan kontraktornya.
Tambah beliau, rizab minyak mentah dan minyak termampat naik sebanyak 2.1 peratus
kepada 5.36 bilion boe manakala rizab gas asli meningkat sebanyak 1.1 peratuskepada
14.82 bilion boe.
Katanya, jumlah pengeluaran minyak mentah negara bagaimanapun menurun kepada 661,000
tong sehari berbanding 699,000 tong sehari berikutan kerja-kerja penyelenggaraan utama
dan kerja-kerja pembaikan selain kelewatan pelaksanaan projek.
‘‘Kira-kira 50 peratus daripada kemudahan kami (di pesisir pantai) berusia lebih
daripada 20 tahun,” kata beliau.
Pengeluaran gas asli turut berkurangan kepada 950,000 boe sehari daripada 957,000 boe
sehari untuk tempoh tersebut.
Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadap untuk tahun kewangan 2008/09, Mohd.Hassan
berkata, modal insan merupakan cabaran utama bukan sahaja kepada Petronas tetapi juga
kepada peserta-peserta industri lain dan ia tidak dapat diselesaikan dalam jangka masa
pendek.
Menurutnya, berikutan cabaran tersebut, syarikat-syarikat minyak menghadapi masalah
kelewatan projek dan projek tertangguh.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :