Pages

Perkahwinan dan masa depan negara

* panas....panas.... setiap manusia ada pendapat mereka sendiri... si kelembai slalu ada kritis idea...

Akhirnya penulisan beberapa blog akan memperkatakan bahawa Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri dalam Kerajaan Tiga Beranak yang memerintah Malaysia akan berkahwin dengan orang gajinya telah menjadi kenyataan. Pengumuman Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya terpaksa dilakukan dalam keadaan semua rakyat mempertikaikan Imam Besar Islam Hadhari itu seperti bersekedudukan dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, kerana semua orang sudah mengetahui akan peranan bakal pengantin itu dalam masa beberapa bulan ini.
Cerita dari mulut ke mulut ialah kisah seorang Pegawai Kanan Kerajaan yang cuba menghubungi Perdana Menteri di Seri Perdana untuk memaklumkan satu perkara membabitkan urusan rasmi. Apabila dihubungi, pihak Seri Perdana telah menyambung ke bilik tidurnya, tetapi panggilan itu disambut seorang perempuan yang mengatakan bahawa Perdana Menteri sedang berehat dan tidak mahu diganggu. Oleh kerana tidak puas hati Pegawai itu meminta penjelasan kepada staf di Seri Perdana sekali lagi kenapa tidak disambung kepada Perdana Menteri sendiri dan staf memaklumkan memang talian itu sudah disambungkan ke bilik tidur Perdana Menteri. Maka pegawai itu bertanya sendiri siapa kah perempuan di bilik tidur “boss” nya dan adakah semudah itu seorang perempuan yang bukan muhrim boleh duduk dalam bilik tidur seorang Imam dan mana pergi pengawal keselamatan, tetapi dalam masa dia menyoal, dia juga menjawab semula mungkin itu memang dalam pengetahuan dan kebenaran Perdana Menteri.
Tiada siapa yang tidak siuman untuk tidak mengucapkan Selamat Pengantin Tua kepada dua mempelai itu. Tetapi dalam masa empat tahun dulu, rakyat melihat cinta Abdullah Hj Ahmad kepada Endon Mahmood boleh di ibaratkan macam Shah Jehan yang membina Taj Mahal sebagai tanda kasih kepada isterinya, dari juak-juak UMNO macam Brigedier Jeneral (B) di Ibu Pejabat UMNO, sanggup mencadangkan nama Endon Mahmood pada satu Dewan di Ibu Pejabat UMNO, yang semua orang tahu bahawa Endon Mahmood tidak mempunyai apa - apa jasa pun kepada UMNO. Di tambah pula tanpa sebab Kementerian Kesihatan terpaksa mengeluarkan bajet jutaan membuat Hospital Kanser Payu Dara di Putera Jaya dan bakal dinamakan Hospital Cancer Endon Mahmood.
Nampaknya pengumuman kahwin Abdullah Hj Ahmad jika ambil dari segi apa yang diceritakan orang, sebenarnya, Endon Mahmood sudah sihat bila Abdullah Hj Ahmad sudah ditunjuk menjadi Perdana Menteri. Malangnya penyakit kanser nya datang semula bila mengetahui bahawa suami yang difikirkan takut dengan dia, sehingga kawan-kawan dalam UMNO memang tahu bahawa Abdullah Hj Ahmad di anggap takut bini kerana kalau tidak tak kan dia ikut sama meminta tetamu meninggalkan rumah bila Endon Mahmood sudah menjerit sedar bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah bermain mata dengan adik iparnya. Itulah yang dikatakan punca kansernya menyerang semula.
Dan khabarnya bila di Amerika semasa berubat, maka berlaku pertengkaran kedua mereka suami isteri dan berkatalah Endon Mahmood bahawa kalau dia nak kahwin dengan Jeanne tunggu dulu dia mati dan rumputnya dikuburkan sudah tinggi. Agak inilah yang dikatakan oleh orang-orang yang rapat dengan Abdullah Hj Ahmad bahawa perkahwinan ini wasiat Endon Mahmood dan kemungkinan rumput di kuburnya sudah panjang. Wallah alam bisab.
Bila Abdullah Hj Ahmad berkahwin dengan Jean Denker yang sudah pasti dia bukan Melayu dan Abdullah Hj Ahmad terpaksa menunjukkan jiwa Melayu sehingga setiap kali Perhimpunan Agung UMNO dia terjerit-jerit "Hidup Melayu" akhirnya ini menjadi lambang Imam Besar Islam Hadhari ini. Jika di Turki, seorang calon Presiden tidak dibenarkan bertanding kerana punya isteri yang bertudung "skaf" bukan yang berbentuk telekung atau nampak muka sahaja, boleh diterima kerana memang Turki negara sekular. Tetapi di Malaysia yang ditadbirkan oleh Kerajaan Tiga Beranak dan Perdana Menteri bertaraf Imam Besar mazhab Islam Hadhari memang waktu Endon Mahmood hidup dia tidak pernah bertudung kepala dan dengan gambar yang di edarkan Jeanne Danker juga dalam keadaan yang sama. Kesimpulannya soal nafsu akan menewaskan "hidup melayu" kerana ahli-ahli UMNO yang memikirkan semangat itu akan juga menjurus untuk berkahwin dengan memilih dahulu orang Melayu, bukan tak ada orang Melayu yang hebat.
Maka bila seru kepada anak-anak muda perempuan untuk memakai tudung, maka ada yang menjawab bahawa pastikan dulu Imam Besar Islam Hadhari yang bernama Abdullah Hj Ahmad itu isterinya memakai tudung, dan jika kami di bawah umur 25 tahun masih manis lagi tidak bertudung tetapi kalau umur sudah 50 tahun ke atas, tak sedar-sedar lagi. Sebelum mengajar manusia dengan ajaran Islam Hadhari eloklah imam itu mengajar isteri dan anak termasuk menantu dahulu, itu kata seorang pelajar IPT yang dirayukan supaya memakai tudung.
Malaysia akan terus bertambah malang di bawah pentadbiran Imam besar ini, satelah segala usaha dilakukan untuk memperkayakan anak, menantu, adik dan ipar-duai serta sedang bercadang untuk menjual sebahagian tanah di Johor atas nama pembangunan WPI kepada negara asing khasnya Singapura. Maka jika dia masih diangkat menjadi Presiden UMNO maka dengan sendiri nya sebuah papan tanda satu cawangan di Jalan Raja Abdullah, Kg Baharu, Bahagian Titiwangsa yang menulis "UMNO Benteng Melayu" sudah tidak relevan lagi.
Mekanisme demokrasi di Malaysia samalah seperti di Indonesia sebelum reformasi dulu ia itu menganut sistem demokrasi perwakilan (representative democracy) dan tidak menganut sistem pemilihan langsung seorang Perdana Menteri. Maka terpilihnya seseorang menjadi Perdana Menteri merupakan keputusan elit politik yang berkuasa seperti UMNO dan seseorang yang menjadi Presiden UMNO dan kemudian bergabung dalam satu pakatan kerajaan campuran dengan satu nama dan lambang Barisan Nasional, maka sudah pasti dia menjadi Perdana Menteri di waktu berlakunya pilihan raya, bertambah pula dengan Perlembagaan 1957 yang memberi kuasa prerogatif kepadanya untuk membubarkan Dewan Rakyat. Ini sudah pasti sebagai seorang yang berkuasa akan memastikan "yesman" supaya ada tempat menjadi calon dan segala tindakan rasuahnya boleh dipertahankan oleh Perdana Menteri seperti mana berlaku kepada Musa Aman di Sabah. Ini adalah kerana Musa Aman adalah penyokong kuatnya dan berkuasa untuk mengawal Ketua-Ketua UMNO Bahagian tidak satu pun penyiasatan dilakukan kepadanya.
Telah tiba masanya, parti-parti pembangkang merubah cara bertindak mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional, kecuali DAP yang di dominan dengan orang-orang Cina, lantas mereka memang tidak berminat menubuhkan kerajaan sebaliknya bersedia menjadi alat ugutan MCA kepada UMNO dalam beberapa isu kepentingan Cina, dan semua perjuangan DAP berjaya melalui MCA dan terakhirnya ialah dengan UMNO hampir 22 orang dalam kabinet bolah di kalah oleh empat Menteri MCA yang meminta penggunaan Bahasa Melayu hendaklah dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Perkara ini boleh berlaku kerana UMNO tidak seperti dulu, di mana parti MCA, MIC dan lain-lain parti dalam Barisan Nasional bergantung dengan UMNO tetapi hari ini UMNO-lah yang bergantung dengan mereka dan pergantungan itu adalah kerana Abdullah Hj Ahmad mahu menjadi Perdana Menteri dan bukan berjuang untuk "Hidup Melayu"
Cara bertindak parti pembangkang bukan menyerang Suruhanjaya Pilihan raya-SPR tetapi membuat reformasi Perlembagaan ia itu supaya jawatan Perdana Menteri di masukan sebagai pilihan secara langsung dari rakyat (pengundi) dan sesiapa pun boleh menamakan diri untuk bertanding dalam mana-mana kawasan pilihan raya serta mengisytiharkan diri untuk Jawatan Perdana Menteri. Setiap pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk menghantar wakilnya menduduki kerusi dewan rakyat dan kedua untuk jawatan Perdana Menteri, jika dia mendapat undi popular yang mencukupi dan boleh dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di Pertuan Agong maka perkataan "mendapat kepercayaan ahli dewan" akan bertukar dengan "mendapat sokongan undi rakyat" kerana perlembagaan memperuntukkan pelantikan Perdana Menteri didahulukan bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU.
Soal teknikalnya sama-samalah kita fikirkan kerana negara sudah banyak pakar pemikir undang-undang. Inilah reformasi yang patut dibuat oleh Parti Keadilan Nasional atau PAS sendiri dari membuat tindakan menambah musuh menyerang SPR
Jika tidak mahu pun perubahan mekanisme, untuk tempoh 50 tahun akan datang beginilah nasib rakyat Malaysia terutama orang Melayu kerana diletakan lembu pun dia akan berkata "mana titah patik junjung" dan berterusan Abdullah Hj Ahmad memupuk kekayaan nya. Alangkah malang juga nasib ahli UMNO mendapat Presiden parti yang “taste “ nya hanya sekadar orang gaji. Dan bertambahlah pula sekarang dia sudah macam “buy one you can get 2 free” atau beli satu dapat dua percuma.
Sang Kelembai: Makna perkahwinan ini, mana-mana isteri Menteri itu kena sedarlah bahawa jangan sombong sangat dengan orang gaji termasuk dari INA macam dua tiga kerat isteri Menteri UMNO, kalau dia mati dulu dikhuatiri Menteri duda tu akan kahwin dengan orang gaji dan segala gelaran Datin berpindah kepadanya, siapa tahu walau pun umur dah sampai 70 tahun. Jadi beramai-ramailah kita dengar suara Rosmah Mansor yang akan menyebut Jeanne Danker yang pernah menyambut dia, dengan memanggil Jean Danker sebagai Yang Amat Berbahagia Datin Seri dan sama-sama bertaruh teh tarik.. agak-agak MB/KM mana yang akan mula memberi pingat Datuk atau Datuk Seri kepada Jean Danker, Sang Kelembai ambil Ali Rustam@Ali Ketam dari Melaka.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :