Pages

Kenaikan gaji vs Kenaikan Harga barang

Seperti yg kita smua maklum, kakitangan kerajaan baru sahaja menerima kenyataan tentang kenaikan gaji maximum minggu lepas.Jadi kat sini aku nak share sikit beberapa perkara yg akan berlaku kesan dari kenaikan gaji ni.

Ok..kita membelanjakan RM60 Juta sebelum ini tuk bayar smua gaji dan elaun kakitangan kerajaan + pesara dan jumlah tu meningkat ke RM1.2 billion selepas pengumuman yg dibuat. Maknanya kenaikan adalah 100% dari jumlah yg sebelum ini. Jadi dari mana datang duit nak bayar gaji kakitangan kerajaan + pesara nie. Smua tu datang dari duit pembayar cukai, maknanya duit kita la orang awam.

Rasa2 patut ka kenaikan nie dgn servise yg ada...? kekeke..itu isu lain...kita bincang lain kali... cuma aku nak kasi kesan2 dari kenaikan ja ari nie. Klu ikut mmg patut kenaikan gaji tu...sbb last naik tahun 1995 klu xsilap aku la. Cuma apa kesan2 dia ...

Ok... bila gaji kakitangan kerajaan naik... kerajaan slalu akan naikkan cukai. Smua cukai dari incometax, blr, interest bank, cukai jalan, service tax, cukai kete, cukai tanah, cukai rokok, cukai arak, cukai itu dan ini. Bila cukai2 ni dinaikan for sure harga perkhitmatan dan barang yg dicukai akan naik. Satu contoh, kalu cukai jalan naik, tol akan naik, harga kereta akan naik dan masa tu kenderaan yg bawak tepung, beras kepasar akan naik kos penghantaran dia. Selain tu kos pembuatan barang2 tu pon naik, contoh klu tepong tadi packaging dia smua pakai api and air then bila air n api naik tepung tadi for sure akan naik.Jadi sampai ke kedai harga dia pon naik. Jadi sapa yg kene tanggung bende tu. Orang naik gaji tadi dan kita smua la.

Ok, lepas tu apa terjadi. Kesan dia xberenti kat situ ja. Ada lagi then bila duit xlaku(sbb harga brg lebih mahal dari yg sepatutnya) inflasi akan berlaku. Skang nie inflasi 4.++% last klu aku xsilap dalam 4.5%. Jadi kesan dia

1. bank interest tuk saving adalah 3.5% average. Jadi bila tolak dgn inflasi kita akan dpt negative value iaitu -1%. Maknanya kalu kita simpan duit dlm bank, duit kita 1% dari jumlah yg ada xlaku sbb duit kita xcukup besar nak bli barang. Klu dulu RM100 bleh beli 5 bende skang hanya bleh beli 3 bende ja. Sbb tu cina belumba2 nak masuk duit dlm ASN sbb fix rate average 6% peryear. Duit dia akan still ada untung kat situ lepas tolak inflasi dalam 2%. Tapi heran yg mlayu ada asb yg kasi lebih 10% haram nak menyimpan.

2. kesan lain bila duit jadi kecik org xmampu nak berbelanja lebih. Org akan berbelanja tuk makan dan education dari bende2 lain Jadi beberapa industri kat malaisi akan berkubur. Contoh industri kereta, pelancongan, insurance and others.

3. selain tu bila duit kecik, org akan bekerja lebih kras tukdptkan lebihan pendapatan. Then anak2 akan terabai dan lebihbyk gejala sosial akan timbul dalam masyarakat.

4. jenayah pon akan meningkat bila mana orang jadi tertekan dan asyik kejar nak cari duit lebih. rompakan, pembunuhan, rogol,culik, rempit dan lelain akan menjadi2.

5. jurang miskin dan kaya akan jadi lebih besar.

6. kerajaan akan naikkan lagi harga utility cam api, air and telefon sbb nak tampung byk hal lain.
Jadi itu stakat yg aku bleh nampak la dari smua nie. ada byk lagi tapi itu ja yg aku nampak. dan mungkin apa yg aku ckp ni salah,tapi dari sudut ekonominya itu yg jelas akan berlaku. Jadi kesandari kenaikan apa sahaja dari kerajaan akan kasi kesan yg cukup tinggi pada org awam. Contoh petrol 2 tahun lepas. Mcm2 jadikan.

Jadi korang kene ada plan bencana yg baik dalam menangani hal ni.Aku akan bincangkan isu ni sok dalam menangani masalah kesan kenaikan sana sini. Kita kongsi2 la ilmu yer tak. ok...

Ole...

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

Ahmad Idham said...

1 juta dapat manfaat, 24 juta hidup tertekan ???????
Maslan Yusoh
Tue | May 22, 07 | 07:04:54 PM
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) – Bagi lebih sejuta kakitangan awam tentunya gembira dengan kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan semalam. Namun, bagaimana pula 24 juta lagi penduduk yang bukan kakitangan kerajaan.
Lebih-lebih lagi mereka yang kais pagi makan pagi, hanya mengharap upah yang tidak seberapa. Hari bekerja dapat gaji, tidak bekerja tiada pendapatan.
Mereka merupakan golongan pertama menjadi mangsa kesan kenaikan gaji kakitangan awam. Ini kerana sudah menjadi lumrah dalam teori ekonomi, kenaikan pendapatan akan menyumbang peningkatan harga barangan.
Risiko ditanggung orang kampung bertambah kerana harga barangan keperluan harian meningkat, sedangkan jumlah pendapatan masih di tahap lama.
Jurucakap Persatuan Pekerja Islam Kelantan, Azhar Abdullah berkata, impak daripada kenaikan gaji kakitangan awam sebenarnya memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat.
"Ini kerana kenaikan itu seolah-olah memberi laluan kepada peningkatan harga barangan keperluan harian. Inilah situasi lama yang sering berulang.
"Jadi kenaikan gaji 35 peratus bagi kakitangan kumpulan sokongan dan 42 peratus anggota pasukan keselamatan sebenarnya tidak ke mana-mana kerana bebanan kenaikan harga barangan memberi kesan lebih ketara," katanya di sini.
Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala bantuan sara hidup dinaikkan 100 peratus berkuatkuasa 1 Julai ini.
Azhar berkata, kesan kenaikan harga barangan tentunya akan meningkat kos sara hidup dan bagi bukan kakitangan awam kehidupan mereka lebih terdesak lagi.
Katanya, 24 juta lagi penduduk di negara ini yang tidak berkhidmat di sektor kerajaan tidak mempunyai tempat untuk bergantung dan terpaksa menerima kos kenaikan harga barangan keperluan.
"Golongan itu pastinya akan lebih merempat lagi kerana kos hidup semakin meningkat. Jadi apa sebenarnya kelebihan dengan kenaikan gaji dalam situasi sekarang," katanya.
Seorang peniaga dari Bukit Bunga, Jeli, Haji Suply Abdul Razak berkata, kenaikan gaji kakitangan awam sebenarnya merupakan berita buruk pula bagi penduduk kampung.
Ini kerana katanya, mereka terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
"Sepatutnya kerajaan perlu menurunkan harga minyak sebelum mengumum menaikkan gaji kakitangan awam. Ini bagi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa," katanya.
Beliau juga yakin mesej utama di sebalik pengumuman kenaikan gaji itu ada agenda politik yang lebih besar iaitu menarik sokongan kakitangan awam kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
Katanya, kerajaan BN amat berharap sokongan mereka bagi membalas kembali budi baik kerajaan sekarang.
"Manakala bagi penduduk kampung dan bukan kakitangan awam mereka lebih mudah dipergulakan dengan habuan kebendaan ketika musim pilihan raya," tambahnya.
Gaji oh gaji bestnya naik…tapi yg kerja swasta jgn dok hardcore sgt, perasan tak tentu hala…bagus kita sokong yg baik tapi kena ingat…segenlintir rakyat jer yg merasakan kenaikkan gaji hanya 1.2 juta kakitangan awam…bagaimana yg selebihnya rakyat yg ada berapa juta????? Congak sendiri…tapi kenaikkan semua harga barang adakah hanya kena pada rakyat 1.2 juta sahaja??????????!!!!!!!!!!!
Hanya org yg bijak sahaja boleh menilaikan…
OH MY GOD ! RUGI LAGI : PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT


k`jaan takde duit intk Skim Pinjaman Buku Teks.... tapi apapasal ada list ni...
1. Kerugian Bank Islam RM480 Juta
2. Cadangan membina Pusat Sukan London RM490 Juta
3. Penerbangan Malaysia Bhd Bayar Gantirugi kpd MAS RM650 Juta
4. Cadangan Kerajaan Beli Balik ECM Libra RM830 Juta*
5. Kerugian TNB di Indonesia RM250 Juta
6. Projek Islamic Civilisation Pulau Wan Man RM250 Juta
7. Kerugian Pelaburan Unit Trust KWSP RM 600 Juta
8. Kerugian Matrade RM160j + tambah rugi RM12j RM 172 Juta Tambahan
9. Komisen pembelian Scorpene + Sukhoi - RM 600 JUTA
10. Pembelian Jet VIP Baru RM 200 Juta
11. Penganjuran Monsun Cup RM 200 Juta
12. Pembaikan Tiang MRR2 - Jutaan ( ? )
13. Pembayaran wang kerajaan kepada Pihak Konsesi Tol (seperti di laporkan di dalam artikel 18 Qustions about tol ) --- RM 4.85 billion

14. Pengagihan wang rakyat kepada setiap bahagian Umno - RM 200 juta ?
15. Tandas canggih Di sekitar KL - ?
16. Eye On Malaysia - RM 30 Juta
17. Bailout untuk syarikat GLC sakit ( Star LRT , MAS ..etc ) - RM 11 Billion
18. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas- RM 99 juta ( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA ) tidak melibatkan kos bumbung?????????


Jumlah sekarang ? kena kira sendiri .... hhmmm
Kena simpan artikel ni...update bila perlu...boleh keluarkan balik masa pilihanraya nanti...sebab melayu mudah lupe..